20100926

Random Setiap kali.


Setiap kali kunyah chewingum dan berjaya buat belon yang besar aku akan rasa sangat macho.Kadang-kadang belon yang aku buat tu terlampau besar sampai bila dia meletup dia salut hidung aku sekali.Masa tu aku memang akan gelak kan diri sendiri.

Setiap kali orang babitkan aku dengan cerita kononnya aku rapat dengan seseorang kerana duit aku rasa benda tu nonsense.Sebab so far tak pernah pulak aku kikis duit lelaki, belanje minum tu standart lah tapi nak kikis?Duit kau pun aku tak pernah nampak lah oi.

Setiap kali aku tunggu seseorang,aku akan jadi orang yang tak peduli perasaan orang lain sebab aku rasa apa yang aku tunggu berbaloi.Aku jugak akan abaikan semua peluang aku dengan orang lain sebab aku yakin orang yang aku tunggu tu memang akan datang.Tapi hakikatnya membazir.Jadi sekarang aku benci menunggu.

Setiap kali aku betul-betul nak sesuatu,biasanya memang takkan dapat terus.Ianya hampir dapat atau dekat-dekat nak dapat.Tapi nanti sampai suatu masa,benda yang aku nak tu memang akan datang sendiri dekat aku,malangnya masa tu rasa hendak tu dah tiada lagi.Jadi dah tiada guna.Too bad.

Setiap kali aku rasa sedih,aku akan bemuram untuk beberapa hari,lepas itu diri aku sendiri akan mencipta suatu situasi sendiri yang buatkan emosi aku boleh pulih dengan cepat.Aku suka ini,sebab aku ada hati yang seliat lintah.Sakit memang sakit.Tapi kental tu yang penting.

Setiap kali aku paksa nak update blog benda macam ni lah jadi.Entry semacam tahi.
Tapi takpe lah.Blog aku kan?Suka aku lah.
Aaaa.Aku ada satu teka teki feveret.Nak kongsi boleh?
Nenek siapa yang kuat melompat?
Nenek kau?
Apaa?
Nenek aku?
Cupau nau jawapan kauorang.

Jawapan dia nenek Si katak lah.
Hehe.Kiut kan?

P/S : Terima kasih kepada yang rindu aku.Kepada yang tak rindu tu,kau kejam. :)




20100917

Kakya Kata Perkataan Pergi Mampus Sinonim Dengan Aku. < 3

Minachi sedang berkabung.
Maka tiada penulisan dalam seminggu ini.
Kerana dikhuatiri penulisan akan cenderung dipenuhi emosi.
Dan penulisan emosi adalah amat membosankan bagi yang tak mengalami.

Well,perempuan kan?
Apa kau nak expect.
Hah.

20100911

Dunia Aku Memang Takde Kena Mengena Dengan Dunia Awak.Okay,Mungkin Ada Sikit.


Hari raya tahun ni memang cool lah.
Walaupun kak ani tak siapkan baju raya yang aku tempah walhal dah 2 bulan aku hantar.
Aku tetap rasa steady,sebab lepas kerja aku terus laju-laju cari baju kurung readymade.
Selamat juga aku merembat 4 pasang sekaligus.
Aku pakai saiz xs tapi tang kain apehal agak fit?
Mungkin buntut aku terlebih tembam dari yang sepatutnya.
Okay geli.

Semalam aku tidur lambat gila tapi seperti biasa,
Bawah pukul 10 pagi mesti mata aku dah terkebil-kebil nak bangun.
Terima kasih dunia pekerjaan.
Mata aku semakin berdisplin semenjak kau hadir.
Terima kasih.

Aku memang tak suka memasak.
Tolong mak memasak pun aku memang jarang buat.
Ke tak pernah buat eh?
Mak aku selalu bising kata dia risau kalau aku kawen nanti aku tak pandai memasak.
Nanti laki aku marah.
Mak mertua pun merungut komplen dapat menantu pandai melawa je masak tak reti.
Lawa ke?
Diam.Diam.
Habis anak bujang dia jadi kurus sebab kurang makan tapi nasib dapat bini lawa.
Aiceyhhh.

Tapi,
Hari ini aku masak spagheti.
Sebab itu je yang aku rasa pandai dan rajin nak masak.
Semua orang puji sedap.
Aku pun rasa sedap.
Bila orang dah asyik puji-puji mula lah aku nak perasan tak agak kan.
"Tengok mak,orang ni sebenarnya memang berbakat dalam memasak.Cuma tak berapa nak rajin je." Sambil buat muka paling bongkak dan hidung pun sama buat perangai nak bongkak jugak. :8

Petang tadi sepupu belah abah aku datang,
Malangnya kuah spagheti dia dah habis,
So aku kena masak lagi untuk kali kedua,
Tapi bila masak kali kedua ni terpedas pulak.
Haih.
Tu lah bongkak lagi.
Pantang kena puji sikit laju je nak spoiled!
Tapi jangan risau.
Diorang tetap puji sedap.
Aku tak tau lah diorang ambik hati aku ke ape.
Tapi ada aku kesah?
Ada?

Lagipun sekarang ni kau jangan peduli sangat apa pandangan orang,
Yang penting diri kau.
Dahulu kan ego,hati dan perasaan kau.
Sebab kalau bukan kau yang nak peduli,kau ingat orang lain nak peduli ke?
Takdenyee.
So aku dah buat keputusan yang aku dah taknak tunggu.
Bosan la asyik konflik dalaman sorang-sorang.
Aku nak just go with the flow.
^^


Aku dah banyak sangat gambar pose yang sama.
Muka ayu,rambut depan kasi lengkok kemas,muncung kasi tajam.
Jadi agak boring kan?
So hari ni nak bagi kauorang tengok pose lain.
Pose menjalar.

Amacam?
Selamat Hari Raya sekali lagi wokk.







20100909

Bukan-Bukan.

Kau pernah rasa tak,
Bilamana kau rasa kau mesti tunggu orang tu padahal memang kau dengan orang tu takdaperjanjian langsung.
Walhal kauorang takda pernah bincang atau sentuh apa-apa pun pasal hal itu?
Tapi kau terasa macam adalah tanggungjawab kau untuk tunggu.
Tunggu benda yang kau sendiri tak tahu apa benda.
Pernah?
Kalau pernah meh hi five sekali!
Ok stop.

Sebenarnya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kat semua orang lah.
Kepada customer yang pernah terjeling,
Kawan-kawan yang pernah tertacing,
Orang-orang yang diabaikan hati dan perasaan,
Hutang yang terlupa,
Kata-kata yang bukan-bukan,
Tindakan yang mengundang cemburu tak bertempat,
Harapan yang terpalsu,
dan semua yang kau rasa di hati lah.
Minta maaf banyak-banyak.
Tapi nak maafkan atau tidak itu terpulang kat kau.

Selamat Hari Raya Semua.
Makan agak-agak sikit.
Aku nak lontong la.

20100907

Jah Nam.

Bila kau rasa hidup kau jahanam.
Jiwa kau jahanam.
Mood kau jahanam.
Hubungan kau jahanam.
Kewangan kau jahanam.
Impian kau jahanam.
Rancangan kau jahanam.
Hati kau lagi jahanam.
Dan apa yang kau usahakan semua jahanam.

Kau rileks je,
Jangan gelabah,
Mesti ada perkara yang boleh hilangkan semua jahanam tu,
Memang ada.
Mesti ada.

Contohnya,
Bila tadi bos bagitahu aku perkara yang menaikkan sedikit semangat aku,
dan perkara tu buat aku rasa takde lah jahanam sangat jadi kuli maxis ni rupanya.
Paling penting aku kena perform maksima dalam 3 bulan terakhir untuk tahun 2010 ni.
Mesti boleh.
Walau pun belum confirm,but at least berita tu boleh hilangkan rasa jahanam pundek ni.

Kadang-kadang sebenarnya ada macam-macam benda yang kau boleh cari untuk buat kau rasa better.
Contohnya jangan ambil kisah,atau rebel balik.
Orang buat kau rasa jahanam,kau jahanam kan dia balik.
Even kadang-kadang ia buat perkara makin jahanam, but at least kau puas hati kan?
Siapa lagi ak puaskan hati kau kalau bukan kau sendiri?

Tadi aku cari perkara lain yang boleh buat aku feel better.
Dan aku bertuah sebab aku ada ini





Duit kalang yang patploh hengget tu pon kinana nak cikun?

Muka kantoi selongkar purse orang.

Oh.Ini Kayyen si bos besar.Kerja minum susu tido,gelak.Belum beraksi lagi sebab belum panas.Kau tunggu sikit hari lagi Kinana pun kalah.Hah


20100905

Stop.


Dont be stupid.
Open your eyes and live life to the fullest!
Come on.
I'm a fun personnn dude.
Simple things cant ruin my life.
I shouldnt end up like this.
Lincah.Lincah.



Kau ada gambar mcm ni?Ada?
Okay bye!



20100903

Emosi kepoh jugak.


Hari ni ada beruang dalam tekak.
Dalam hidung pula ada paip.
Mana datang aku pun tak tau.
Yang penting tak suka.

Tadi aku nak curi tulang dalam stor.
Nak tido kejap.
Tapi asyik terkejut tanpa sebab munasabah.
So,tak dapat curi tulang pun.
Curi daging pun lagi lah tak dapat.

Tadi ada orang inbox fb aku.
Dia pakai gamba katun lepas tu suruh aku teka dia siapa.
Kepala dia.
Aku malas nak layan gurau bodoh macam tu.
Aku tak pedulikan dia.
Last-last dia bagi pesanan.
"Okla pija,Selamat hari raya aidilfitri.Maaf zahir dan batin.
Semoga hari lebaran nie kau lebih menghargai orang".
Fine.That's hurt.

Hari ni colleague aku semua dapat bonus.
Kenapa diorang tercicir kan nama aku pulak?
Sedih lah.
Rasa nak tacing je.
Lepas raya lah alamatnya baru dapat.
Arghh.
*Duit raya dari aku memang takda lah jawabnya.*

Aku percaya dengan Karma and aku pegang quote "What goes around comes around."
Kauorang tak payah nak ingatkan aku.
Aku tau aku dah banyak abaikan orang tanpa sebab yang kukuh.
Dan aku tau Maaf saja tak cukup untuk menebus semua tu.

Sekarang pun rasa macam karma dah datang melawat.
Sebab kadang-kadang aku rasa macam aku tengah bermain dengan api.
Lost and insecure.
Memang sakit diabaikan.
No wonder "kau dan kau" dendam dekat aku.

Sekarang aku nak "kau dan kau" tahu yang aku dah dapat balasan.
Hah.Apa tunggu lagi?
Pergi la celebrate sekarang.

Okaylah.
Mungkin apa yang paling aku perlukan sekarang adalah tidur.
Good night everybody.


20100902

Hai.



Macam setan tak kalau blog aku macam ni?
Aku rasa boring lah dengan yang lama.
Tapi yang ni rasa macam bangang pulak.
Kauorang rasa macamana?