20101026

Fikir Dulu.Fikir.

Perkara yang paling pertama yang aku lakukan ketika aku sedang kecewa adalah memikirkan apa tindakan paling bodoh aku boleh buat.
Biasanya tindakan yang aku nak buat itu tiada kena mengena langsung dengan perkara yang buat aku kecewa.
Tindakan itu juga adalah tindakan yang akan diambil tanpa berfikir panjang.
Tapi semuanya tindakan itu ada dalam fikiran aku je,tak sempat nak buat betul-betul.
Aaaa..
Faham ke?

Alah.
Macam dalam drama tu.
Bila watak putus cinta,bergaduh dengan orang terdekat atau gagal dalam perniagaan,
mula ambil keputusan nak kahwin dengan orang lain lah.
Nak ambil dadah lah.
Jadi liar dan mula berjinak-jinak dengan disko dan arah lah.
Atau pun pergi menetap di luar negara.
Kira konon macam bawa diri lah kan.
Ewah.Banyak songel muka kau.
Macam lah kita tak tau yang hutang PTPTN dia belum langsai.
Ingat senang-senang nak lepas ke?
Tak dapat de jepp.

Sekarang aku kecewa dengan tempat kerja aku.
Suka-suka hati je nak freeze offday aku.
Sehari je pun tak payah lah nak berkira sangat kan.
Sehari aku tak datang bukan boleh bankrap pun.
Dah lah halfday je pulak tu.
Nonsense betul.
Tak tau ke aku dah plan nak pergi lepak rumah jibam kat putrajaya?
Tak tau ke aku nak pakai lawa-lawa pergi kenduri yanti kat rembau?
Tak tau ke offday tu aku dapat 3 minggu sekali je?
Bile dah sampai turn aku camni pulak jadi.
Tak tau ke aku dah eksaited gajah?
Haa?
Tak tau ke?
Cuba lah paham sikit perasaan aku ni.
Asyik sibuk dengan target kau je,
Target sosial life aku siapa nak sibuk?
Camno?

Tadi dalam lisa, lepas bos bagitau aku kena kerja sabtu aku tak cakap apa.
Tapi dalam lisa aku menung pikir apa tindakan bodoh yang aku nak buat untuk tunjuk rasa tak puas hati.

Ada rasa nak berhenti kerja biar menganggur takda gaji.
Rasa nak bakar tempat kerja lepas tu masuk penjara.
Rasa nak makan banyak-banyak dan gemuk sampai padan muka.
Rasa nak bergaduh dengan orang dan kalah.
Rasa nak pulang kan lisa kat akak tanpa sebab muhasabah.
Dan rasa nak potong rambut macam jantan lepas tu menyesal.

Kah kah kah.
Bapak lah bodoh nya.

Tapi sekarang fikiran dah waras dan tak dipengaruhi rasa kecewa semata-mata.
Lagipun dah dapat jalan penyelesaian.
Rasa better.
:)

Oh ya.
Kalau rajin dan bosan.
Aku suggest kau orang lawat blog ini.
Kalau boleh follow sekali.
Dengan olahan ayat yang sempoi dan meletop.
Kebanyakkan entry beliau juga ditulis jujur dari hati.
Begitu berani mengeluarkan idea dan pendapat sendiri.
Walaupun kebanyakkan entry beliau berunsurkan emo dan innuendo,
namun cukup menarik untuk tatapan minda.
..
Aaa..
Beliau juga kacak dan idaman para gadis semasa.
Tak caya pergi lah try jenguk.
Lagi...
Errr..

Ah sial.
Aku tak dapat teruskan penipuan demi penipuan ni lagi.
Sebenarnye itu blog adik aku.
Dia merayu-rayu mintak aku buat review pasal blog dia.
Ikot kau orang lah nak baca ke tak.
Aku pun jarang baca habis.

HAHAHAHAH!

Tapi tolong lah jenguk.
Tak baca abes pun takpe.
Janji jenguk.
Boleh?

Kah kah kah!

P/s : Kah kah kah! Eh boleh tahan macam sial juga rasa gelak macam tu.Test lagi lah. Kah kah kah! Memang sial.

20101024

Separuh Je Tinggal.


Ekonomi meruncing.
Lisa tak servis.
Fhafa jatuh sakit.

Terasa seperti separuh jiwa ku pergi.

Sebagai seorang individu yang majoriti kehidupannya di pengaruhi mood dan musimnya yang berubah-ubah.
Maka dengan ini,
Aku isytiharkan sekarang adalah mood menghilangkan barang kemas.
Dua hari lepas gelang kaki cicir.
Malam ni subang pula.
Nice.

Gelang kaki dah jumpa balik ^^
Tapi subang??
Tak mungkin jumpa.
Hilang dan rugi bodoh.

Bye!

*Sebelum berambus mari berdoa semoga bakal suami tidak akan merasa gerun untuk membelikan barang kemas pada masa akan datang.Amin.*


20101015

Bela Jiwa.

Aku ada banyak benda nak cerita ni.
Pasal customer cekadak maut siang tadi.
Dia kan.
Aaaa.
Dia apa eh?
Ehh.
Eh??

Eh bukan.
Nak cerita pasal ada customer tu tilik nasib aku siang tadi.
Dia kata aku tak sesuai jadi kuli.
Aku sesuai jadi bos-bos je.
Haaa.
Lepas tu,
Aaa..
Err..banyak sangat lah tak ingat.

Tapi bukan nak cerita pasal ni rasanya.
pasal apa eh?

Urghh.
Tak suka sial bila semangat nak cerita tapi lupa.
Tengok dah tak tau dari mana nak mula cerita.
Len kali je lah aku cerita.
Nanti-nanti dah ingat, kena tulis dulu dalam handphone dalam bentuk point.
Takut lupa!

Eh jap.
Tak suka?
Bercakap tentang tak suka.
Tadi siang aku baru perasan.
Ada bahlul tu remove aku.
Macam bagus.
Kau pun dari mula aku memang tak suka lah.
Kuat show off.
Cakap dah la meletup-letup.

Lepas tu aku block dia terus.

HAHAHAAHAHAHA!
Rasa terbela sikit perasaan aku.




20101012

Aaaaaa.. :'(



3 bulan sekali mesti dia datang.
Gila tak best.
Muak sial.
Hilang mood.
Tetibe rasa penat.

3 bulaan sekali mesti dia datang.
Rasa tak nak buat apa-apa.
Rasa letih sampai nak menjalar je.
Rasa tak sanggup nak hadap.

3 bulan sekali mesti dia datang.
Rasa nak let go.
Rasa macam-macam lah.
Rasa berbaur-baur.
kalau lah aku ada pilihan lain.

3 bulan sekali mesti dia datang.
Macam sekarang.
Tengah datang lah ni.
Meluat bana.

3 bulan sekali mesti dia datang.
MALASNYA KERJA!!
BOSANNYA KERJA!!
PENATNYA KERJA!!

Nasib baik waras lagi.
Kalau tak dah berhenti notis 24jam dah ni.
Adehh.


Sabar aci. Sabar.




20101007

Tribute To Yina Yang Tak Lepas Interview Post SPA.


Nah i lukis hati untuk you olzz.
Hati i imperfect, sebelah besar sebelah kecil.
Jadi i nak you olzz tolong balance kan hati ini dengan saling berkongsi.
Boleh?
Apa??
Tak boleh??
Huh?
Kedekut lah you olzzz!
Menyampah.


Aku rasa orang tua yang aku boleh buat kawan adalah Pakcik dan Makcik guard.
Tak tahu apa pasal tapi aku rasa diorang boleh dibawa berbual dan boleh masuk sikit lah berbanding orang tua yang lain.
Aku ada beberapa pengalaman berkawan dengan pakcik dan makcik guard yang aku memang sentiasa ingat.

Pak Cik Sulong.
Ini pak guard masa aku dekat sekolah teknik.
Cik sulong ni umur dalam 60++.
Putih-putih macam cina.
Biasanya petang-petang mula lah tekak menggelupur mintak pepsi twist.
Al maklumlah duduk asrama ni kadang-kadang tekak memang mengada.
Maka aku dengan kawan-kawan akan menebeng dekat pondok guard tu.
Kalau cik sulong yang jaga memang best.
Pujuk-pujuk sikit dah dapat green light.
Berlelah lah kitorang pergi petronas depan sekolah tu.
Kalau weekend pulak,tak dapat balik jadi ibu bapa boleh datang melawat.
Cik sulong akan jaga sound system untuk membuat pengumuman.
Cik sulong punya pengumuman memang kreatif.
Dah la dia pekak,jadi sound system tu dia akan bukak kuat-kuat sampai clear kat telinga dia tapi pekak pulak kat telinga kitorang.
Ada satu pengumuman yang cik sulong buat sampai sekarang pun aku tak boleh lupa.
"Kepada muhamad polan sila ke depan sekarang ye,ni ha,ada mak datang bawak barang.Ada sepender ke apa dalam plastik ni.Keropok,biskut pun ada
ni.Bla.Blaa.Bla."
Esoknya,memang selamat jadi bahan la budak tu.
Kesian.
Eh.Hari tu baru je aku jumpa cik sulong dekat tempat kerja aku.
Aku tegur dia tapi dia tak ingat aku.
Dia ingat abah je.
Sebab abah suka bagi dia duit kopi.
Abah dengan cik sulong dua-dua sama kelaka.
Dua-dua comel.


Shima.
Ini pun guard masa aku kat sekolah teknik jugak.
Dia ni kira pioneer bagi golongan pengkid lah aku rasa.
Gemuk-gemuk pendek.
Rambut pun pendek.
Umur macam dalam lingkungan 40++.
Tapi dia tak lah ikat tetek macam pengkid zaman sekarang ni.
Dia ni jenis pandang orang semacam je.
Macam pandangan romeo ada,violence pun ada.
Seram.
Rokok dia memang tak tinggal,berasap memanjang.
Pendek kata memang gaya lelaki lah.
Ada sekali dia cakap dekat member aku yang dia lelaki.
Kalau tak caya nanti dia tunjuk barang.
HAHAHA!
Dada semangat,lagi ada hati nak mengaku lelaki.
Hoho.
Tapi dia ni baik.
Sebab malam-malam dia rajin layan tekak kitorang.
Dia jadi runner beli nasi bungkus dekat luar.
Aku tiap malam pun order nasi goreng kampung.
Tak jemu-jemu.
Konon macam rindu sangat lah kat kampung tu sampai asyik nak makan nasi goreng kampung je.
Dia ambik upah 50sen satu order bai.
Banyak untung tuuu.
Dah kerja macam ni,dah kena buat belanjawan sendiri,baru aku terpikir.
Pandai jugak shima ni carik duit tepi ek?

Akak Bingkisan.
Aku tak tau nama betul akak guard ni.
Tapi kitorang panggil dia akak bingkisan sebab kening dia licin habis,lepas tu dia lukis kening sendiri pakai celak kaler coklat.
Umur lebih kurang 30++ hampir 40.
Gila punya cemerlang kening dia dik.
Kadang-kadang posisi kening dia berubah setiap hari.
Ada yang tertebal lah,terlebih panjang lah,tercomot lah.
Nampak sangat kening tipu.
Dia ni guard aku masa buat diploma.
Mula-mula kenal dia ni kerek.
Belagak kemain,setiap kali nak keluar kena mengadap letak kad outing dekat dia.
Terseksa betul.
Ada suatu hari tu balik dari kelas aku dengan kawan nak pergi kedai kejap,tapi malangnya kad outing tak bawak tertinggal dekat asrama.
Nak pergi ambil dah malas sebab jauh sangat.
Last-last kitorang merayu-rayu buat muka kesian yang macam penting sangat kena keluar time tu jugak.
Lepas tu berjaya bai.
lembut hati pulak dia petang tu.
Bila balik dari kedai tu kitorang belikan dia goreng pisang rm3 sebagai tanda terima kasih.
Kasi hati dia sejuk sikit.
Semenjak hari tu dengan kitorang dia dah kurang kerek.
Kad outing aku yang memanjang tak bergambar tu pun dia buat tak nampak je.
Ntah bila aku pun tak sedar tiba-tiba je dia dah hilang.
Berhenti kerja ke hape aku pun tak tahu lah.


Aci Hospital.
Aci ni aku memang tak bekenan.
Dah la belagak macam ketua polis negara.
Dia ni guard dekat hospital besar seremban.
Kurus-kurus.Umur dalam 50++.
Masa tu momma kena operate jadi kitorang ramai-ramai lah melawat dekat katil wad tu.
Wah bukan main kecoh lagi dia memekak.
Nurse dengan doktor yang tengah buat kerja masa tu pun tak pulak bising macam dia.
Padahal kitorang berjimpit-jimpit dekat dalam wad tu sampai tesenggol-senggol dengan doktor tengah cek air ape jadah semua tu.
Cool je diorang.
Nak jadi cerita masa tu kaklong aku terlambat sampai,betul-betul waktu melawat nak abis.
Takde tolak ansur langsung dia mati-mati tak bagi masuk.
Dah gaduh-gaduh sikit baru dapat masuk jumpa momma kejap.
Itupun dia duduk je kat tepi tunggu sampai kaklong aku keluar dari wad tu.
Kemain menggelabah engko eh aci.
Yang paling aku tak puas hati tu,aku duduk dalam wad teman momma.
Dekat dalam wad tu ada pesakit india jugak.
Apehal pukul 10 malam pun aci tu ada pelawat?
Apa dia masuk ikot tingkap ke apa sampai aci kerek tu tak nampak?
Racist kemain.

Pak Guard Bang-bang.
Dulu ada suatu masa akak ulang alik dari rumah ke sekolah dia dekat seremban tu.
Jadi aku dengan akak pergi kerja sekali lah.
Mula-mula aku hantar akak pergi sekolah dulu, lepas tu aku tidur jap dekat parking kereta sekolah dia.
Lebih kurang 8.30 baru aku gerak pergi tempat kerja aku pulak.
Dekat 2 minggu jugak aku keluar masuk pagar sekolah akak tu sampai pak guard kat situ pun dah cam aku.
Sebab pak guard dekat situ dah kenal aku,so aku takde lah berhenti lagi tiap kali nak masuk
pagar sekolah tu.
Selalunya aku main pandang je,ataupun angkat tangan.
Ada suatu petang tu,patutnya aku nak angkat tangan dekat guard tu,
tapi yang keluar signal macam nak menembak pulak.
Siap buat bunyi bang bang lagi.
Padahal guard tu bukan dengar pun.
Aku unpredictable sampai ada masa aku pun tak sangka yang aku akan buat benda macam tu.
Dah lah tiap kali aku lalu je dia buat bang bang balik kat aku.
Tapi aku tak balas pun,aku buat tak reti je.
Suatu pagi tu aku lepak pakai-pakai bedak dalam lisa sebelum masuk kerja,
Tiba-tiba cermin lisa kena ketuk.
Terkejut beruk aku dik.
Kau tau siapa?
Pak guard bang bang tu lah!
Bila aku pandang dia,dia buat bang bang kat aku lepas tu suruh aku bukak pintu lisa.
Seram sejuk aku sial.
Matilah aku kena culik ni kang.
Aku ingat dia ikot aku.
Rupanya topup dia buat perangai tak masuk-masuk.
Semenjak hari tu aku takde signal-signal lagi kat dia dah.
Tapi kadang-kadang kalau aku pergi sekolah akak dia ada bang-bang aku lagi.
Aku buat tak reti je.
Akak aku kata dia macam tak betul sikit sebab dulu dia ada accident teruk.
Patot aku nampak ada kesan parut panjang melintang dekat kepala dia.
Seramm dik nun oi.

Aney CIMB.
Aney ni guard yang jaga mesin ATM.
Selain melepak dan membuang masa,hobi aku adalah melawat mesin ATM.
3 hari sekali mesti pergi lawat mesin tu.
Tak pun sehari sekali.
Ada satu hari tu aku confident je masuk nak cucuk duit.
Aney tu ada duduk dekat tepi mesin ATM.
Dia pandang aku.
Aku buat muka sombong sikit dekat dia.
(Banyak betul entry aku yang ada aku buat muka sombong kan?)
Lepas tu nak cucuk duit laju-laju dan berambus.
Sekali aku tekejut.
Jadah hape aku bawak kad mesra petronas pulak?
Aku pandang aney tu, sekali rupanya aney tu tengah gelakkan aku.
Patotlah semacam je dia usha aku.
Aku ingat dia nak ngorat aku.
BAHAHAHA.
Cibai.
Sambil cover malu aku lari dekat lisa balik,ambil kad ATM yang betul lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk dekat aney tu.
(Eh.Eh.Siapa suka sambal kerang angkat tangan!Nak high five dahi kau sekali.Kita geng woi!)
Nasib baik masa tu hanya ada aku dan dia.
Kalau ada orang lain memang aku tak cucuk dah tu,aku lari masuk lisa carik ATM lain je.

Pak Guard Maxis
Haa.
Ni guard yang aku tengah kena mengadap hari-hari.
Seorang india seorang melayu.
Uncle yang india ni serius sikit.
Tegas.
Tapi boleh buat borak jugak.
Tadahal.
Biasa kalau ada customer bawak anak kecik yang tak boleh duduk diam senang je.
Mintak uncle ni je settle kan.
Dia pandang lepas tu dia buat muka garang terus diam budak tu.
Kalau tak buat garang macam tu,alamatnya abes la maxis tu jadi track balapan.
Ntah hape yang girang sangat berlari dalam tu agaknya.
Sampai jatuh-jatuh telefon demo,flyers semua.
Yang lagi sorang,yang melayu ni kurus-kurus.
Cool je buat hal sendiri.
Kejap-kejap hilang pergi minum teh.
Kejap-kejap buat cuti sendiri.
Haa.
Pakcik ni kalau nampak aku makan gula ke chewing gum ke nanti dia pun mesti nak.
Ada suatu hari aku beli gula Skittles yang sour punya.
Dia sibuk sangat nak jugak.
Aku bagi dekat tangan dia tapi aku tak bagitahu dia yang gula tu masam.
Kemain konpiden makan sekali 5 engko.
Hambik kau siap bekerut-kerut muka dia tahan masam.
HAHHAHAHA
Comel weh.
Macam muka popeye.
Tebahak-bahak kitorang gelak.
Dia siap nak sekeh aku lagi.
Tak lama lepas tu dia mintak lagi gula tu kat aku.
Apahal?
Suka pulak diaaaaaa tu.
Adeh.

Walaupun aku anggap diorang macam kawan-kawan,tapi aku tetap respect diorang.
Walaupun kadang-kadang berlagak diorang tu semacam je.
Kalah pengarah engko!
Pendek kata macam semua dia tau lah.

Tapi mesti selalu hormat diorang ye adik-adik,akak-akak,abang-abang sekalian.

Kalau diorang kerek kau kerek balik.
Kalau diorang ajak bertumbuk tapi kau rasa tak mampu nak menang.
Takpe.
Kau roger aku.
Aku ada membe-membe kuat gaduh punya. Klik lah mana bekenan.
Gangster habis semua tu.
Siapa nak ajak perang memang tak gentar punya wokk.
Darah pahlawan mengalir kau jangan buat main eh.


Abaikan yang lelaki belakang tu.
Dia tu Tok Guru Silat kitorang.
Masih single.




20101005

Stupidity is not a fate.It's a choice.

Ini baju raya aku.
Sepatutnya pakai pada raya pertama,tapi raya ke 27 baru dapat pakai.
Sebab baru siap.
Kasihan tak?
Theheee.
Takpe.
Asal dapat pakai dalam bulan raya jugak.
Walaupun lambat siap,tapi tetap mak meletup nokk.
(Mula-mula aku marah gila dengan tailor tu sebab tak siapkan baju raya aku.Tapi,masa pergi ambik tu aku macam dah lupa pulak.Sampai je kat rumah tailor tu,aku terus sium-sium anak tailor tu yang comel macam rasa nak pijak.Dah naik kereta baru teringat yang aku sepatutnya marah dengan tailor tu.)

Oh.
Tak sangka dalam dunia ni ada banyak orang yang kasihan.
Kasihan kat sini bukan setakat kasihan pada orang yang susah atau serba kekurangan.
Orang yang kasihan yang aku maksudkan ini boleh muncul dalam banyak situasi.

Cukup fizikal tapi kurang dibahagian akal.
Tak cacat tapi fikiran sempit.
Fikiran orang macam ni memang macam kanak-kanak.
Silap haribulan kinana pun lagi matang dari dia.

Bijak pandai tetapi tak pandai nak aplikasikan dalam kehidupan.
Tau segala hal tapi buat-buat buta atas sebab yang tak munasabah.
Orang macam ni kita akan kagum pada mulanya,tapi lepas tu setiap yang dia lakukan adalah disaster.
Dan kau hanya akan dapat cakap "HAA?."

Ada kehidupan yang serba bagus tapi cemburu dengan kehidupan orang lain.
Cenderung membezakan kehidupan sendiri dengan orang lain.
Lepas tu diam-diam nilai kehidupan orang padahal kenal pun tidak.

Sedar diri tetapi tetap mahu sama dengan orang walaupun tak mampu.
Sampai kadang-kadang terlalu obvious sehingga orang keliling pun rasa kasihan yang annoying.

Dah berjanji pada diri sendiri untuk tak beri peluang kepada orang tertentu tetapi mungkiri,dan akhirnya menyesal sebab memang tak dapat apa-apa pun.
Ego tercalar lagi ada.
Oh golongan kasihan yang ini adalah aku.
Tak sangka aku pun orang yang kasihan jugak rupanya.
Hah.

Sebenarnya ada banyak lagi.
Tapi baru-baru ini,jenis kasihan yang diatas ini sahaja yang aku sering jumpa.
Rasa kasihan yang bukan bila tengok rasa sedih,tapi bila tengok rasa macam
"APA?APAHAL??BODOH SIAL."
Haaa.
Macam tu.
Penah jumpa dan rasa nak cakap macam tu tak?
Kalau pernah,maksudnya orang itu adalah tergolong dalam golongan yang kasihan.

Kalau aku ada termasuk dalam golongan kasihan kauorang,malang lah aku.
Tapi takpe,sebab walau apa pun aku suka hidup aku.
Dan aku tak pernah rasa nak tukar kehidupan aku dengan kehidupan kau atau orang lain.
Okay?
Sekarang kau boleh rasa kasihan dengan diri kau sendiri.
Sebab kau dah buang masa stalk aku ni padahal aku tiada isu dengan kau pun.

Apa aku tulis biasanya berkaitan dengan apa terjadi di sekitar aku,apa yang aku lalui hari-hari.
Dan hidup aku mungkin ada kena mengena dengan kau,atau mungkin tiada kena mengena dengan kau langsung.

My life is not only revolve around you.
There's a lot of people come and go everyday,
MAYBE u are just a piece of it,
And MAYBE you are not too special,sampai aku nak susah-susah fikir pasal kau lepas tu tulis dalam blog jadah bagai.
Jadi sila buka minda kau.
Tapi kalau kau terasa macam aku sindir kau ke apa,suka hati lah.
Siapa suruh kau baca kan?

Kawan sekerja aku memang banyak yang bukan melayu.
Jadi setiap kali kami berbual kami akan guna bahasa yang campur-campur.
Tapi mereka lebih cenderung berbahasa melayu.
Walaupun bahasa melayu mereka banyak salah tapi aku boleh faham.

"Eh.You dah jual berapa batang broadband?"
Atau
"Wah.Mak you cukur rumput rumah sendiri meh?"

HAHAHA.Yang ni tak kasihan tau.
Tapi,kelakar.
Kelakar bai.