20101128

Fhitim uolss.


Setelah hampir dua bulan Fhafa koma akhirnya Fhafa sedar semula.
Itu pun setelah aku berusaha dengan keras utuk membuang muncung yang menyebabkan fhafa jatuh sakit.
Muncung itu telah dijangkiti kuman.
Dan tidak boleh digunakan pada Fhafha selagi tidak diubati.
Namun apelah maknanya hidup Fhafa tanpa muncung.
Bagai irama tanpa lagu.
Bagai kopi tanpa susu.
Dan lebih teruk lagi,
Bagai aku tanpa ais.
Atau aku tanpa nasi.
Ahh.
Tak sanggup.

Aku sangat tersiksa bila Fhafa koma.
Aku rindukan kenyitan Fhafa.
Jadi aku nekad, aku mesti menghadiahkan Fhafa muncung baru sementara menanti muncung lama diubati.
Walaupun aku rasa menggigil nak berkorban untuk muncung Fhafa, namun aku kuatkan semangat.
Sampaikan abang aku kata aku bangang masa membayar harga muncung baru Fhafa.
Aku tercabar.
Lalu aku gendangkan perot beliau dengan kuat.
Maka menangis-nangis lah beliau sambil menyesali perlakuan melampau beliau sebentar tadi tu.
Huh.
Menangis konon.

Mula-mula aku rasa agak bangang jugak sebab beli.
Namun sekarang tak lagi.
Aku suka siuuut.
Fhafa dah sihat dan tak koma.
Walaupun dengan muncung baru yang pendek ni Fhafa agak terbatas kemampuannya.
Namun aku suka.
Muncung baru Fhafa aku bagi nama Fhitim. :)

Fhafa and Fhitim looks good together. <3



Badik

Tiju

Kakya

Pipijah

Notis :
Kepada semua orang yang simpati kepada aku sebab hilang purse hari tu aku ucapkan berjutajuta terima kasih.
Dengan ini aku ingin meminta maaf berjutajuta juga kerana telah membazirkan rasa simpati kalian.
Purse tercinta rupanya tak hilang.
Hanya tersalah letak.
Dan aku yang gemuk dan tua berkedut ini ternyata begitu cepat terlupa dan cemas.
Mati-mati sangka dah hilang atau tercicir.
MINTA MAAF.

Lain kali kalau aku cemas-cemas kehilangan barang, sila jangan segan silu untuk memberi lempangan.
Pemberian lempangan bergantung pada terma dan syarat.

Bai.





20101121

Jangan Suka Sangat.





Seperti yang dah bebuih aku ingatkan kauorang.
Kalau suka-suka sangat tu ingat sikit.
Pasti duka akan datang.
Yang kau amboih kemain degil sangat gelak macam pontihanak.
Sampai semput-semput mengambur sana sini.
Tak sedor diri dah boleh jadi mak orang dah memasing.
Sekali dah kena baru nak tersedar.
Padan muka.
Sekarang macammana aku nak ambik duit gaji kalau kad atm pun dah hilang?
Oh pakai buku kan.
Tapi kalau ic pun hilang sekali?
Hah.
Mendapat.
Tak payah isik minyak.
Melompat-lompat je lah sampai tempat kerja.
Lepas tu makan semua pon tak payah.
Lama-lama nanti duit gaji tu dah keras dalam bank tu boleh jadi jongkong emas.

APA??
Buat IC baru?
TAK HINGIN.
Kang hilang lagi semua.

Aku memang camni sendiri punya salah sendiri nak marah.
Lantak lah kan.
Suka aku lah.
Takkan nak marah kau pulak kan?
Ke kau nak kena marah?
Hah?Hah?

Okay lah bye.
Aku yang bajet hot ni nak pergi tidur.
Harap-harap malam ni aku mimpi purse aku datang balik kat aku.
Kalau dia balik aku nak peluk sium muamuamuah kat dia.


Purse..balik purse..mama rindu kau. T.T

20101115

Cemas.



Mengada betul.
Dia kata takot.
Nanti hilang.
Jadi dia cakap nak tido dengan aku.
Dia kata lagi kalau tido asing-asing nanti esok takot tak jumpa balik.
Lepas tu dia kata kalau dia takde aku susah nak mimpi manis-manis.
Apelah.
Negatif thinking betul.
Tapi ada betul jugak.

Jadi,
Malam ni aku tido dengan dia lah.
Tido dengan SENYUM. ^^



Dalam hati ada Rainbow. <3
Aku tau kelihatan geli sampai nak muntah tapi uols tengok lah.
Sampai bile muntah pun nampak indah je ade pelangi gitew uols.
Hikk.



Kepada Tatya dan Titju jangan nak bahan sangatla kan.
Kepada Abangah dan Abadik pulak.Kau duorang jangan buang masa join Tatya dan Titju tu.Pegi cari kakngah dan kakdik weols cepat-cepat.
Kauorang hengat kauorang macam Benjamin Button?
Makin lama makin muda?
NANG HADO!

20101109

Kita Kongsi Ehh?

Aku terjumpa karangan ni dekat notes yang ditag di facebook.

Aku tak tau lah kalau kauorang dah pernah baca ke tak.

Kalau tak pernah baca, nah amik lah.

Kita kongsi eh.

Hikk ><


Pagi itu pagi minggu.

Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.

Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati.

Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.

Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.

Dia meminta maaf dari emak saya.

Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.

Tetapi emak saya masih marah.

Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.

Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.

Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Comel kan karangan ni?

Aaa...

Aku suka lah.

HAHAHAH.

Kalau aku cikgu bahasa melayu aku mesti bagi markah penuh dekat karangan ni.

Peduli kan la logik ke tak logik ke kan.

Janji karangan tu takde salah tatabahasa dan menarik.

Kan?