Hari ini aku bangun lewat dari biasa.
Biasanya pukul 6.30 aku sudah bangun dikejutkan oleh bunyi alarm handphone aku.
Tapi pagi tadi pukul 7 baru terjaga.
Dengan terkejut dan tergesa-gesa aku bangun dan pergi mandi dengan laju.
Seperti biasa tepat 7.30 aku sudah memulakan perjalanan ke tempat kerja.
Aku sampai ke tempat kerja dengan mata dan kepala yang masih terkejut.
Beberapa orang di tempat aku kelihatan sungguh menyakitkan hati bagi aku.
Walaupun mereka tidak berbuat apa-apa.
Namun aku masih rasa mereka menyakitkan hati.
Kasihan.
Mood terkejut aku memang sukar dijangka dan tidak memilih mangsa.
Salahsatu mangsa adalah makcik cleaner yang berbangsa india.
Makcik cleaner seperti biasa memang suka menyakat perasaan aku.
Aku berdiri sini,dia mop sini.
Aku berdiri sana,dia mop sana.
Padahal tempat lain lantai berkeladak.
Haram pulak dia nak mop.
Tidak lama selepas itu aku lihat makcik cleaner membawa sebiji tukul besi.
Aku agak terkejut.
Sejak bila cleaner membuat kerja sambilan untuk bertukang?
Aku bertambah terkejut apabila makcik cleaner itu menukul jalan didepan tempat kerja Aku dengan membuat sebatang sungai kecil ke arah longkang.
Oh.Sungai mungkin terlalu berlebihan.
Aliran kecil mungkin lebih sesuai.
Alasan dia kerana di situ terdapat sedikit lopak yang mana ramai customer akan terpijak dan dengan tapak kasut yang basah customer akan masuk ke premis dan mengotorkan lantai.
Ini akan membanyakkan kerja dia untuk mengemop lantai.
Jadi alirabn kecil itu akan mengurangkan kuantiti lopak disitu.
Heehh.
Macam-macam je engkau eh makcik.
Setelah melalui hari bekerja yang amaaaaaat panjang,
Aku bertolak untuk pulang ke rumah.
Namun aku masih sempat singgah ke tempat kerja kakya untuk mengambil barang yang dikirim.
Setelah bergosip hampir 45 minit.
Aku bertolak pulang.
Jam menunjukkan pukul 6.45 ptg.
Biasanya pada waktu begini aku sudah sampai kerumah.
Tapi sekarang aku masih di seremban.
Aku sedikit cemas setiap kali melihat jam.
Aku memandu Lisa dengan laju kerana khuatir momma akan tertunggu-tunggu di rumah.
Beberapa kali aku terkejut di selekoh-selekoh tajam kerana hampir kehilangan kawalan.
Lisa begitu sedap dipecut kerana baru di servis.
Ringan sungguh.
Sampai di suatu jalan lurus.
Aku memandu laju kerana tiada kereta lain ketika itu.
Tiba-tiba aku terlihat seekor burung puyuh di tengah jalan.
Aku terkejut namun bernasib baik kerana mampu mengawal Lisa dari melanggar burung puyuh itu.
Memang burung itu tidak dilanggar Lisa.
Kerana ia hanya dikangkang oleh Lisa.
Aku hanya dapat melihat burung itu terduduk di tengah jalan melalui cermin pandang belakang.
Mungkin dia terkejut kerana baru sahaja selamat dari digilis Lisa.
Atau dia terkejut kerana melalui pengalaman berada di kangkang Lisa.
Aku terkejut namun bersyukur kerana tidak terlanggar burung itu.
Aku sampai dirumah dalam pukul 7.39 mlm.
Keadaan langit seakan ingin ribut dan guruh agak kuat menyebabkan aku terkejut ketika mahu mengunci pagar.
Dan momma menunggu aku di pintu dengan telekung kerana beliau mahu sembahyang maghrib.
Sekian sahaja cerita burung yang dikangkang dari aku.
Bai.