20110209

Diva.

Purse aku tinggal dekat rumah.
Tapi dalam poket aku ada RM5.
Cukup la untuk lunch makan nasik.
Harus lah nasik takkan nak makan cendol macam kakya tu pulak kan.
Hikkk

Aku makan dekat kedai yang aku selalu pergi.
Aku tengok meja kosong yang betul-betul takde.
Dah ambik nasik dengan lauk aku pon usha keliling.
Aku nampak ada 4 orang minah pekerja Telekom yang dah abes makan.
Tapi macam tak bersalah je duduk borak-borak lagi.
Aku ni bab menunggu memang fail.
So aku pun tumpang duduk dekat meja brader-brader korporat,
Sebelah je dengan meja minah-minah Telekom tu.
Macho tak makan dengan brader-brader?
Macho kann?
Haaa.
Gangster kann.
Haruslah macho dik non oi.

Alah aku nama je duk semeja ngan dorang tapi pandang dorang pon tak.
Sibuk je aku ngadap henpon konon-konon ramai sangat orang nak kontek
Sebaik ada Paan rajin layan aku kat What Apps.
Takde la nampak bangang sgt tekan-tekan hp tanpa sebab.
Thanks Paan.
Muamuamua. ♥

Sepanjang makan aku usha-usha gak minah-minah telekom tu.
Wah.
Kemain rancak berbual.
Dah lah suara kuat macam petir.
Sebijik-sebijik aku dengar.
Umur diorang macam nak masuk 30an jugak lah.
Aku makan sambil dengar diorang berbual.
Penyuapan aku berjalan dengan lancar dan teratur.
Sampai suatu ketika..

"Akak mana pernah suka dekat orang.Orang je berebut-rebut nak dekat akak."

Selera aku terhenti.
Aku pandang muka brader depan aku untuk pertama kali semenjak makan semeja.
Dia pun pandang aku.
Dan reaksi kami sama.

T.T"

Tak lawa mana pun.
Aih.

Korang rilek je.
Duit RM5 tadi cukup.
Kos makan aku lunch tadi RM4.80 je.
Best kan. :)

8 ulasan:

fendy berkata...

salam,hey..
hahah.
selera makan terstuck sebabkan pengakuan xikhlas akak tu,hahah.
nice~!

en.sani berkata...

belen 20sen dah boleh beli singgam atau eskrem malaysia balik skolah kang...

sueRAFE berkata...

minah2 telekom
=.='

kalau doktor ke, peramugari ke, peragawati ke tahan jugak

Lutpie berkata...

hahahahahah apo lah bikin goli ati sey bacoo

cikguaishahnazri berkata...

brader tu dah kawin ke belum? hahaha!

Farhan Che Hassan berkata...

u r welcome. muamuamua. hahaha.
tobat aku x mau bg editor tmpt aku keje bace lg whats app aku. haha

Pije. berkata...

fendy : bukan tak ikhlas fendy,tapi takyah kot cakap kat org pasal kelebihan sendiri.lawak je.hehe

sani : aku dah besar tak makan eskrim melesia.nak koneto show me the love.

Pije. berkata...

suerafe : hahah.tau takpe.tapi akak tu ada rupa la jugak.

lutpie : sey sampai nak tesodak dikk.

akak sayang : aponamo eh tanyo dah kawen ke belum plaaaaak?

paan : cemas kauuu.hahah