20110504

7. Do Things Face To Face

Jia si baby besar.

Jia,Andrew,Chan dan CK.

CK,aku,Manap dan Jia.



Aku dah dua minggu lebih training dekat Plaza Sentral.
Takde masa betul nak jenguk blog ni.
Idea nak merepek pun takde.

Dalam dua minggu ni,
Macam-macam dah jadi,
Macam-macam dah berlaku.

Hari first aku datang.
Aku zero.
Rasa bangang dan terasing.
Tapi masa lapor diri aku disambut dengan banner "Welcome To Family".
Rasa terharu dan confident sikit.

Kawan pun takde.
Naik tren pun sorang-sorang tecengang.
Ada dua kali kot aku salah tren.
Dah lah nak naik tren kena berebut macam amik RMT masa kat kantin sekolah rendah dulu.
Annoying sial.
Ada sekali aku kena hadang dengan nyonya sampai lengan dia macam nak cekik aku sebab Berhimpit sangat dalam tren.
Lepas tu ada mamat tolak nyonya tu, nyonya tu tolak pulak dada aku.
Hampir leper sekejap dada aku.
Sabor jelah.
Sejak tu aku dah tak balik awal lagi.
Kalau tren penuh aku memang takkan balik dulu.
Tunggu reda baru naik.
Aje yang jadi jantan kalau hari-hari kena himpit.

3 kawan pertama aku semua adalah amoi.
Jia dari Batu Pahat, Michelle dari Subang dan Chan dari Sabah.
Aku lepak dengan diorang je.
Kadang-kadang aku terpaksa berlakon pekak sebab aku tak faham diorang borak apa.
Kesian tak?

Lagipun aku asyik rindu mak dengan dua anak buah aku yang sedap tu.
Rasa nak menangis.
Rindu lauk ikan kembung sambal mak.
Rindu selimut sedap.
Rindu nak tido dengan mak dalam aircond kat ruang tamu rumah.
Rindu nak lalu bukit putus.
Rindu semua lah.

Tapi sekarang dah okay.
Aku ada ramai kawan setraining.
Ada Shiha dari Alamanda, ada Manap dari Sunway, ada Yuen dari TTDI, Arif,Kimi,Fatin,Nizam Lepas tu ada ramai lagi lah.
Aku sebut sorang-sorang pun bukannya boleh kenal pun.

Eh ada satu lagi!
Ada CK yang suka cakap Bahasa Melayu.
Updated status kat FB pun dia pakai bahasa tau.
Contoh status dia macam ni,

"Oh shit. hujan sangat besar!"
"Ah malu betul sangat arr..KTM lantai terlalu licin sampai jatuh ke bawah!"

Haa.
Kiut kan? kan?
Aku selalu buli dia suruh dia cakap ralph lauren,biri-biri,bad romance dengan lori.
Teheeee.

Lagipun aku dah dapat line free.
Hari-hari pun boleh telepon mak.
Gayut lama-lama pun takpe.
Makan ikan kembung sambal je takleh.
T.T
Tapi takpe,
Minggu ni aku balik kampung,nak mintak mak masak.
Ahh sedap.
Ahh sedap.

Lagi dua hari aku akan tamat training.
Dan hari isnin aku akan mula bekerja dekat LCCT.
Soooooooooo guysss..

MEET ME AT LCCT!!

Aku sikit teruja sebab aku dah dapat jadual kerja aku.
Takde lah seksa sangat kot shift aku.
Offday pun sedap.
Elaun pun sedap.
Semua pun sedap.
Tak sabar. tak sabar.
................................................................................................................
Ada perkara yang tak perlu rancang,tak perlu nak fikir panjang. kot?
Keep walking until someone stopped you.
Stay if they asked to.
But,
If one day they let you go.
We have no choice but to keep walking again.

Hai you. :)

7 ulasan:

aDDy berkata...

jia tu comel..
tapi u lagi comel..

mish juju berkata...

hahah oh shit hujan sangat besar..cute giler

Ainee Cumi berkata...

Comelnya kawan laki cina u tu. Ahahhaha! Kawan kawan chinese I pun comel mcm tu. Macam ehh gila comel cakap saudara saudari lah. Macam macam.

Wahh keje kat LCCT. Bestnya! Elaun sedap yang I suka tu

shafinaz (: berkata...

Oh hai hai :D

Tanpa Nama berkata...

1 - Look beyond the obvious.

I've been watching you number 7. The way you clutch your teeth, the way you walk, the way you laugh.

I've been listening to you number 7. The way you talk, the loudness of your laugh.

1 - Look beyond the obvious, and you shall find your happiness.
Best of luck, take care =)

Pije. berkata...

addy : jia mmg sangat comel.

mish juju : hahha. comel kann?

aine : jum kerja kat epot sesama!

shafinaz : hai hai hai back!

Tanpa nama : :) ure one of my training friends right? thanx for drop by! ;)

Tanpa Nama berkata...

Yes =). Anyway, good luck in your future endeavor. You have a very good story blog here, interesting.

Update lah selalu alright, i'll be reading from time to time.

Oh i like the juling part. Something i wish i can do.

Take care! =3