20110508

Samar Pandangan.






Gonna miss this training batch.


Jumaat lepas hari terakhir aku naik train ke Plaza Sentral.
In future kalau ada training lagi tu kira lain cerita lah.
2 minggu training aku buat rutin yang sama.
Keluar rumah jam yang sama,
Naik train timing yang sama,
Kebanyakkan orang yang aku jumpa dalam train juga adalah orang yang sama.
Sebab semua orang buat rutin yang sama.
Bangun,siap-siap pergi kerja,naik tren,kerja sampai petang,balik malam dan tunggu gaji.
Dan semua orang buat tak kisah tentang orang lain.
Semua cuba mengelak dari bertembung mata dengan orang lain.

Ada dua orang yang paling aku ingat.
Seorang kakak yang mata garang.
Aku ingat dia sangat sebab setiap kali dia naik train dia mesti bergaduh dengan boyfriend dia.
"Dia kawan sekerja i je lah."
"Lah, kan colleague i ramai lelaki memang la i selalu buat kerja dengan guys."
"Dah lah nanti bincang!"


Seorang lagi adalah lelaki cina.
Aku ingat dia sangat.
Sebab setiap kali aku masuk train dia selalu dapat tempat duduk.
Lepas tu dia akan tenung atas ke bawah semua perempuan yang masuk dan berdiri.
Selalunya amoi lah yang selalu kena.
Sebab diorang pakai sua pendek, skirt, sleeveless.
Aku selalu usha dari jauh je.
Macam pervert pun ada mamat tu.

Hari tu masa hari last,aku nampak dia lagi.
Usha perempuan sana sini.
Skodeng semua part atas ke bawah.
Masa aku tengah tekun pandang dia, dia pandang aku pulak.
Aku pandang tempat lain.
Then aku dapat rasa dia tengah pandang aku lagi.
Aku toleh memang dia tengah pandang.
Cuak jugak aku.
Tapi sebab aku tahu hari ni hari last aku naik setrain dengan dia,
Aku beranikan diri pandang dia balik.

Dan dia pandang tempat lain.
Tak lama lepas tu dia pandang aku lagi.
Aku pandang dia.
Lma kitorang berpandangan.
Debar gak aku.
Aku pandang sampai dia toleh tempat lain.
Kali ke tiga kitorang berpandangan lagi lama.
Aku yang berhenti pandang dia sambil menjeling sorok rasa cuak.
Takot sial.


Tiba-tiba dia bangun.
Dia berjalan ke arah aku.
Aku yang tengah berdiri dekat tiang dalam train tu agak goncang sedikit.
Cemas dah ni.
Dia jalan sambil mata pandang ke arah aku.
Memang pandang tepat kat aku.
Takkan dia juling pulak?
Ke dia suka buat mata juling macam aku?
Aku jenis kalau dah cuak,apa yang aku tengah buat terus aku freeze.
So mata aku tetap pandang dia walaupun takot.

Sekali rupanya station dia dah sampai.
Dan aku berdiri betul-betul dekat pintu.
Perlawanan pandangan tu betul-betul buat aku tak perasan yang train dah lalu banyak station.
Tapi..
Apasal dia pandang aku sepanjang dari tempat dia ke pintu train?
Dan apasal dia nak keluar dari pintu train dekat dengan aku?
Padahal dia duduk dekat sebelah pintu lagi satu?
Mesti dia nak takotkan aku.
Tapi memang aku takot lah kan.
Nasib baik tu hari last aku naik train.
Nasib baik.
Kalau tak, memang menangis hari-hari nak lawan pandangan dia pervert tu.
Fuhh.
Kau orang yang perempuan ni kalau naik train hati-hati tau.


Okay lah nak pergi makan ni.
Mak kita masak gulai ketam tau.
Jap lagi nak kena balik Putrajaya dah.

MALAS.




3 ulasan:

chaon berkata...

mamat tu perasan kau la pompuan yang suka tengok2 semua org dlm tren tu kot..

aDDy berkata...

menjeling-menjeling ku bertentang

Ainee Cumi berkata...

Mesti dia perasan u suka kat dia sebab u tengok dia tak henti henti. Oh mai, janganlah u terjumpa dia lagi kang dia approach u jadi gf dia I tak tau. Berani main mata lagi ya kamu.