20110602

.

Semalam kan,
Ada customer dari india ke brunei entah,
dia datang nak beli topup.
Nak reload RM10 katanya.
Aku bagi dia reload tu dan collect duit.
Lepas tu dia pun berambus pergi.

10 minit lepas tu dia datang lagi.
Dia tanya macammana nak guna topup tu.
Aku ajar dia tekan kod kejadah semua tu,
Lepas tu dia angguk-angguk,
dengan muka bersinar bak gelang emas,
Dia berambus sekali lagi.
Tapi aku ada rasa sedikit tak sedap hati tengok dia.
Yela.
"Nampak bangang" je bak kata nabil.
Tapi aku tak hirau kan dia pun.
Customer sini macam-macam perangai.
Kalau-kalau pelik tu tayah ambik tahu sangat pun.
Janji tak kacau kerja kau.

Tiba-tiba tah macammana aku punya mata tetibe rasa gatal lak,
Jadi aku pun meliar lah pandang keliling.
Tetiba mata aku terhenti di suatu sudut.
Kau tau apa aku nampak?

Customer tadi tengah gantung diri wei!
Gantung diri sambil gigit kad relod tadi.
Cemas gila kan?
Eiii..

Okay.
Tipu je.
Sebenarnye dekat sudut tu ada customer tadi tu.
Amboih kemain busy lagi.
Kau tau dia buat apa?
Kali ni aku bagitau betul-betul.
Dekat sudut tu ada public phone, dan si bangang tu,
Sibuk duk tekan kod reload tadi kat public tu.
Adoi laa.
Terkejut aku.

Dah puas gelak baru aku pergi tolong dia.
Since no malaysia pun dia takde,
Maka aku suruh dia pulangkan reload tu.
Dan aku advise dia guna coins atau pun beli phone card.
Dengan tersipu-sipu si bangang tu pun berlalu pergi tanpa menoleh lagi.
Malu lettew.
Hikk.
Buat senak perut je lu ni.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pun terkangkang kangkang gelak ni.

-era-

mish juju berkata...

cemas doh y gantung diri tu..terkejut ai

Pije. berkata...

kelaka kan era? hahahha

juju : pecaya ke dia gantung diri?ahahaha

fikiranpemuda berkata...

patut-patut bagi penerajang je atas belakang mamat tu..mane punye negara daa pakai public phone lg..hehe

Drunbella Khoo berkata...

ingatkan betul dia gantung diri.
suspen betul cerita.
=_='

Farhan Che Hassan berkata...

hahahahharam ko jah. tp part ko pulangkan balik duit tu mmg patut di puji. sejuk hati aku bace. haha.