20110716

Sabtu.

.

Hari ini aku shift pagi.
Masuk pukul 6 pagi dan kerja seorang.

Aku baru sampai.
Nak bukak kaunter, nak susun nombor.
Datang sorang nyonya dengan sorang pak arab.
Tak menyempat-nyempat nak beli nombor baru.
Hati aku dah baran dah ni.
Spoiled betul lah.

Aku on komputer macam biasa.
Buat slow and steady.
Lantak la nak marah ke apa kan.
Aku suruh pak arab dan nyonya tu pilih nombor dan aku registerkan.
Pak arab settle dan berambus.
Nyonya tu?

Henpon entah jenama china mana dia pakai.
Siap ada gamba penguin lagi kat button,
Tapi tempat bateri tak boleh nak bukak.
Camno?
Aku nak activate kan simkad beliau dulu.
Nyonya ke makcik ke ni biasanya ada masalah pesen suka belakon naif.
Kau tau naif apesal?

" Aunty, kasi bukak tempat henfon u ni."
Dia jawab, " Aiyaa, tak tau, tak tau. Selalu anak bikin. I sudah tua maa."

Takpun,

"Makcik isi borang ni."
"Eh mata makcik tak nampak. Sekolah tak pandai, tak paham."

Kemain banyak alasan. Bagi satu cukup lah.
Ni semua tak faham, semua tak tau, padahal suruh isi nama dengan sign je pun.
Bukan suruh isi borang income tax yang macam gampang tebalnya tu.
Kalau borang tu, aku pun tak paham.
Tapi kau tengok kalau bil banyak ke, miscalculate ke, paham pulak dia baca statement bil tu.
Ahaa.

Hati aku da panas ni.
Try-try tak boleh.
Tolak-tolak pun tak boleh.
Dah lah tadi tak menyempat sangat.
Masa aku tengah cuba bukak tempat bateri tu datang la sekor mamat ni nak bayar bil.
Setelah aku menjeling2 ke dia, baru aku kenal dia ni pelakon.
Aku penah tengok dia berlakon dengan ainul aishah yang dia jadi suami buta setiap pukul 630 petang dulu.

Nyonya tu ambik henpon dia dan hulur ke mamat tu.
Dia mintak tolong mamat tu bukakkan.
Setelah mencuba sambil terketap2 bibir mamat tu juga mengaku kalah.
Aku fikir seharusnya aku settlekan mamat ni dulu,
Kalau nak tunggu henpon gila ni tebukak alamatnya memang tak la.
Sambil key in payment mamat tu aku membebel dekat nyonya tu.

"Beli henpon lainnla. Nokia murah tu saja,Lagi senang bukak maa.Pakai pun senang, ini henpon u kemain susah.
Tempat simkad sampai doblas."

Mamat tu sengih-sengih juga sambil cuba lagi tapi gagal.
Settle payment,aku bagi resit dekat dia,
Masa bagi tu, terpegang sikit tangan dia.
Okay tipu.
Saje je nak pegang. Nak rasa.
Kahkahkah.
Rasa sejuk sikit hati yang baran dari tadi.
Sebelum blah mamat tu cakap terima kasih sambil senyum macam dalam drama yang aku tengok tu.
Serupa betul lah, macam dalam tv gamaknye.

Aku tengok dia berlalu dengan tenang,
Sehinggalah nyonya tadi kacau aku balik.
Aku lupa hal dia belum settle.
Aku tengok nyonya tu dah pegang gunting yang aku guna untuk koyakkan simpack prepaid yang aku bagi dia tadi.
Dia angkat gunting tu hala kat arah aku.
Aku cemas, aku tepis tangan dia.
Gunting tercampak ke luar kaunter.
Polis yang ada dekat belakang aku berlari sambil membawa sepucuk pistol.
Keadaan tegang..

Gila ahh.
Fuhh.
Drama tak?
Kan baru jumpa pelakon tadi,so mood nak belakon terbawa-bawa lah sikit.

Nyonya tu dah give up sebenarnya,
Jadi dia suruh aku kopakkan tempat bateri dia tu guna gunting.
Tak sampai hati pulak aku kan,
Maka untuk kali terakhirnya aku cuba tolak penutup bateri tu lagi,
Dan *plup*!
Tempat bateri tu terbuka.
Sikit je pun aku tolak.

Kau perasan tak apa masalah dengan penutup bateri tu?
Perasan tak?
Sebenarnya penutup bateri tu okay je.
Yang masalahnya adalah skill bukak tu.
Skill aku.
Skill nyonya tu.

Tak kira sekuat mana kau tekan, tolak, cuba pun.
Kalau skill salah,
Maka takkan ada makna.
Jadi pengajaran hari ni, kaji dulu ye tuan puan, belajar dulu, kuat ke tenaga banyak ke tak semestinya menjamin kejayaan.
Hihihi.

Kbai uolss!
Mood dah okay selepas dapat pegang tangan pelakon tadi.
Terasa seperti buaya darat.
Buka beliau tapi aku.
Aku yang buaya darat. Faham?

Aisehh! Lupa nak cakap kat dia yang masa dia belakon jadi buta tu.
Solekan jambang meliar yang ada kat muka dia tu macam bangang je.
Macam dia baru lepas jatuh dalam debu arang.
Tak macam jambang tapi macam jamban.
Comel tak?
Make up artis tu kena asah lagi skill dia tu.

Eh dah.
Fiq mentor plak datang nak beli hot tiket tu ha.
Apa barangggg?
Duit menang mentor ritu dah abes ke?
Pakai postpaid la brooo.
Baru ada stail!
Hah.
Baaaaaaaiiiiiii!



.

4 ulasan:

roxanne de maria berkata...

kikiki..pompuan gatal!

Pije. berkata...

Buaya daghaaat! Hihihihi

Fab_Fifi berkata...

haha.. mcm2 hal la si pipipewi nii..

hamzah ian berkata...

aku baru baca bulan sembilan.. hehe