20110131

Sendawan.

Lisa I mintak maaf la sebab pagi ni kaki kau sakit.
I tak sengaja langgar those lubang-lubang.
I pun tak tau sejak bile lubang tu wujud.
Biasanya kita lalu kat situ takde lubang pon kan?
I tau kaki kau sakit.
I mintak maaf sangat.
Dengan cuaca yang seperti sekarang ni,
Memang tak hairan lah jalan raya banyak belubang.
Banyak sangat sampai semalam lalu takde lubang tetiba hari ini dah ada pulak.
Betul-betul macam "Cendawan tumbuh selepas hujan."
Lagi pun pagi ni I agak rushing so I kurang berhati-hati.
Jadi balik ni I janji akaan pandu kau perlahan-lahan.
I harap kau tak merajuk dengan I.
Okay Lisa?
I bergantung dekat kau je untuk pergi kerja.
I da kekok nak naik bas.
So I hope kau tak sakit atau touching.
Ailebyuchoomarch.

Kau know what Lisa.
Lubang-lubang kat jalan tu buat I terpikir sesuatu.
Lain kali kalau nak cakap tentang sesuatu yang cepat dan pesat.
Kita semua boleh gantikan perkataan Cendawan dengan Lubang.
Lebih realistik kan?
Bosan la asik cendawan-cendawan.
Lagipun lubang kat jalan raya lagi senang jumpa dari cendawan zaman sekarang ni.
Nice.
Eh.
Time lunch I dah sampai.
Perut lapar.
Jum makan Lisa!

20110118

Kesah Nogha.

Hai.
Aku tengah tunggu nasi siap masak.
Momma baru balik dari umah maklang.
So nasi lambat masak.
Jadi sambil tunggu nasi kesayangan masak.
Hari ni aku nak cerita pasal nogha supaya penantian menunggu nasik masak tidak terlalu menguasai aku.
Sobs sobs.


******

Nogha terlentang diatas katil sambil memandang bilahan kipas.
Nogha cuba mengira berapa pusingan bilahan kipas itu dalam seminit.
Haram.
Paling tinggi pon dapat kira pusingan ke 3 aje.
Lepas tu mata Nogha dah mula lintang pukang.

Semenjak balik tadi Nogha duduk diam aje dalam bilik.
Macam ada yang kurang.
Nogha pandang keliling bilik tidurnya.
Ya ampun.
Semak bukan main.
Memang patot mak Nogha asik tutup pintu bilik nogha.
Takot tetamu nampak dan canang anak dara dia duduk dalam semak.
Tapi Nogha tak rasa itu sebabnya.
Duduk dalam semak baru senang menyorok dari musuh.
Wah.
Macam soljar jugak pemikiran Nogha ni ye.

Nogha fikir lagi.
Adakah sebab laki nogha yang tak nampak batang hidung sejak sekian lama?
Nogha geleng laju.
Tak mungkin pasal dia.
Tak mungkin.
Pasti bukan.
Nogha belum menikah,bagaimana laki Nogha nak tunjuk muka.
Hikk.nogha ketawa kecil.
Bergurauuu.

Nogha ubah kedudukan baringannya.
Nogha cuba recall ape yang buat Nogha rasa sebal semacam.
Siang tadi Nogha nak pegi makan,tapi kereta kena block dengan kereta lain.
Akhirnya Nogha lepak dalam kereta sambil dengar radio.
Balik makan bos Nogha panggil dan bagitahu akan ada perubahan tentang gaji dan Komisen.
Gaji..
Pasal tu kot??
Aihhh..
Tak mungkin.
Perubahan tu tak la teruk sangat sampai boleh buat Nogha rasa macam ni.

Tiba-tiba Nogha terdengar bunyi.
Bunyi seperti air.
Oh tak.
Seperti aingin.
Bunyi tu sangat dekat dan rasa seperti sebati dengan Nogha.
Otak Nogha lincah berfikir.
Nogha letak tangan di atas perutnya.
Ada getaran.
Nogha tahan nafas dan cuba hayati getaran itu.
Getaran itu halus.
Dan semakin dihayati semakin baran Nogha rasa.

Lahh.
Patot lah sial.
Dari siang Nogha tak makan nasik sebab kereta die kena sengkang.
Bladihel.
Lalu Nogha bangun laju-laju dan terus ke dapur.
Nogha mana boleh kurang nasik.
Nogha peminat paling besar nasik.
Kalau kurang nasik maun baran naik ke kepala.
Dah pekena nasik baru lah rasa cukup.
Hahh.

TAMAT

****

Okay lah!
Momma dah jerit panggil aku makan nasik.
Yeayeah.
Eh.
Eh.
Apesal cerita nogha dengan cerita aku ni sama semacam je?
Apesal hah?
Tiru siuut nogha ni.
Loser betul.
Tapi ada nogha kesah?
Eh aku kesah?
Nang hado.


Bai!

20110103

Changes.

Aku selalu confuse.
Kadang-kadang aku rasa nak berhenti kerja.
Tapi aku tak pasti sama ada itu tindakan betul atau tidak.
Sama ada betul itu yang aku nak atau itu sekadar rebel aku.

Kadang-kadang aku rasa aku tiada option dalam hidup.
Aku rasa aku terpaksa buat apa yang aku buat sekarang.
Tapi bila aku duduk termenung.
Aku rasa aku suka apa yang aku tengah buat.
Jadi kalau suka tak mungkin lah terpaksa kan?

Kadang-kadang aku rasa puas hati dengan diri aku.
Tapi ada suatu masa aku rasa rendah diri.
Rasa tak sempurna dan down.
Tapi sesaat lepas tu aku tiba-tiba berada on the top of the world.
Wadehel?

Kadang-kadang aku rasa aku tak perlukan kau.
Aku create alter ego yang tebal.
Tapi in the end.
Aku end up dengan perasaan bersalah dan sebal.
Padah sentiasa confuse dan selalu tersilap langkah.


Aku selalu confuse.
Aku tak pasti apa yang aku nak.
Aku tak faham hati sendiri.

Tapi satu perkara yang aku paling pasti.
Aku harap tuhan akan aturkan segala yang baik-baik saja untuk aku pada tahun ini dan Tahun mendatang.

Selamat Tahun Baru.
Semoga semua baik-baik.
Ada sesetengah perkara yang memang ditakdirkan untuk tidak pergi.