20110216

Sesikit.



Aku ni nampak je kuat.
Tapi sebenarnya confident level aku agak kurang.
Aku tak suka dibagi promises dan aku tak suka bagi orang promises.
Aku takot in future if something happen,
All the promises will haunting back.
Aku tak suka fight sebab aku tak confident aku akan menang.
Kalaupun aku tahu aku boleh menang,aku takkan fight.

Hari ini aku ada interview.
Still under Maxis but up sikit dari sekarang.
Boleh kata macam naik pangkat lah.
Yeke naik pangkat?
kahkahkahkah
Seriously,
I want this job for my improvement in career and self satifaction.
Semoga aku berjaya.
Boleh?
haha.
Okaylah nak pergi mandi berdandan.
:p



Eh.sebelum blah dengar ler lagu ni.
Lagu ni tak ada kena mengena pun.
But aku macam dah suka pulak.
Dulu aku tak suka wei.
Paan lah ni pergi bagi link.
Wah sikit-sikit paan,asik-asik paan je dalam entry sejak akhir-akhir ni dah kenapa?

*Aku ni kan baru pandai post youtube kat blog jadi semua lagu aku nak paste kat sini.
Kau ampunkan lah aku ye.Jangan meluat pulak.Benda baru mesti lah excited lebih.Har har har.*



BABOOOOOOII.

20110209

Diva.

Purse aku tinggal dekat rumah.
Tapi dalam poket aku ada RM5.
Cukup la untuk lunch makan nasik.
Harus lah nasik takkan nak makan cendol macam kakya tu pulak kan.
Hikkk

Aku makan dekat kedai yang aku selalu pergi.
Aku tengok meja kosong yang betul-betul takde.
Dah ambik nasik dengan lauk aku pon usha keliling.
Aku nampak ada 4 orang minah pekerja Telekom yang dah abes makan.
Tapi macam tak bersalah je duduk borak-borak lagi.
Aku ni bab menunggu memang fail.
So aku pun tumpang duduk dekat meja brader-brader korporat,
Sebelah je dengan meja minah-minah Telekom tu.
Macho tak makan dengan brader-brader?
Macho kann?
Haaa.
Gangster kann.
Haruslah macho dik non oi.

Alah aku nama je duk semeja ngan dorang tapi pandang dorang pon tak.
Sibuk je aku ngadap henpon konon-konon ramai sangat orang nak kontek
Sebaik ada Paan rajin layan aku kat What Apps.
Takde la nampak bangang sgt tekan-tekan hp tanpa sebab.
Thanks Paan.
Muamuamua. ♥

Sepanjang makan aku usha-usha gak minah-minah telekom tu.
Wah.
Kemain rancak berbual.
Dah lah suara kuat macam petir.
Sebijik-sebijik aku dengar.
Umur diorang macam nak masuk 30an jugak lah.
Aku makan sambil dengar diorang berbual.
Penyuapan aku berjalan dengan lancar dan teratur.
Sampai suatu ketika..

"Akak mana pernah suka dekat orang.Orang je berebut-rebut nak dekat akak."

Selera aku terhenti.
Aku pandang muka brader depan aku untuk pertama kali semenjak makan semeja.
Dia pun pandang aku.
Dan reaksi kami sama.

T.T"

Tak lawa mana pun.
Aih.

Korang rilek je.
Duit RM5 tadi cukup.
Kos makan aku lunch tadi RM4.80 je.
Best kan. :)

20110208


Even love won't affect me as much as what friendship did.
Family is my world.
But friendship is my life.



Yeay dah jadi.Thanks for the info :)

20110207

Not Cool.




I'll stay if you ask me to.
Fuck lah. aku memang tak paham makna ayat ni.
Aku pandai cakap je.
Asyik pon ikot kepala sendiri.
Now padan muka.









20110206

Electric Feels.

Hari ini cuti.
Aku duduk rumah je menjalar dengan momma.
Pukul 5 petang macam tu baru aku bangun dari tilam dan mandi.
Lemau kemain.
Hari ini dalam sejarah aku dah updated banyak status kalau nak banding selama aku main Facebook ni.
Gila produktif.
Kau tengok sikit aku listkan carta status hari ini.

  • Taurus dont play the game.They change the game.
  • Sudah sebati dengan tilam.
  • Rambut dah kurang kembang.Rasa nak curl balik kasi kembang.
  • Lapar dah berkali-kali mandi sekali pon belum.Cun.
  • Akhirnya berjaya melawan malas.Dah siap MANDI.
  • Do you know where your heart is, do you think you can find it?
  • I want to live happily ever after. ♥
  • Hensem sangat Dollah Hapak kat astro prima ni.haha.


Lapan wei.
Ada lapan status untuk hari ini.
Aku tak tau lah kauorang tapi bagi aku satu hari ada banyak status macam mak ai.
Gila bosan budak ni takde kerja ke apa?
Namun.
Seronok rupanya update status bebanyak ni.

Oh ya.
Semalam aku pergi melaka.
Lepas kerja aku terus pergi sana.
Aku suka unplanned journey.
Rasa alive.
Ada gambar favourite nak kongsi ni.
Tengok ahh.





Macam Padaiyappa kan?

Angin tiup rambut giteww.

Ni gambar favourite aku sebab aku rasa aku nampak lawa.
Kau rasa lawa tak?kahkahkah


Sebenarnya.
Aku pergi melaka sebab pergi ambik mamat baju kuning tu.
Dia nak balik KL.
Tiket bas awal semua abes.
Semua yang tinggal tiket petang je.
Jadi tanpa berfikir panjang aku terus pergi melaka ambik dia.

Kejam wei.
Dia kata dia nak tempeleng aku.
Bak datang tempeleng ha.

P/S : Err..Er..Wei macamana nak post youtube video kat blog ha?Aku tak reti la.Penat try tak menjadi pon.Tolong please help?