20110530

Been here, done this.

Tipu lah aku kalau kata tak terkenang.
Tipu lah aku kalau kata tak heran.
Dan,
Tipu besar lah kalau kata tak rindu.

"I need a doctor.
Call me a doctor.
I need a doctor, doctor.
To bring me back to life."

20110520

Silly me.

Aku memang kelaka.
I broke my own words for nothing.
Maybe its just another price to pay.
Welcome back ignorance.
Welcome back.

20110511

SESAT.

Dah hari ke tiga aku kerja dekat LCCT.

Hari pertama.
Semua rasa baru.
Cakap pun tak banyak.
Benda yang aku tau pun aku tak berani nak cakap sebab tak konfiden.
Hari pertama aku sesat terikut MEX.
Padahal malam sebelum tu langau dengan zana dah susah-susah tunjuk jalan yang takde tol.
Tapi end up, aku ikot tol jugak.
Gehee.
Aku memang suka sesat.

Hari kedua.
Aku rasa tenang sikit.
Dah boleh gelak-gelak dengan partner kerja aku.
Dia cerita-cerita insiden yang penah kena kat dia.
Dia cakap ada sekali customer tanya mana 'flight pergi macau'.
Tapi mamat ni dengar 'flight pergi bahau'.
Aku gelak gila sebab aku rasa kelakar dan sebab dia melibatkan bahau,
yang dekat ngan rumah aku.
Rasa macam, "Eh kampung den tu, kena gelak ni. Kena gelak."
*Annoying tak?*
Hari kedua aku tak sesat dah sebab aku dah belajar dari hari pertama.

Hari ketiga iaitu hari ini.
Aku rasa lagi tenang dan gembira selesa.
Sebab so far aku dah jumpa semua colleague aku.
Dan diorang baik je dengan aku.
Siap dah boleh bergurau senda dan bertepuk-tepuk manja.
So diharap keadaan ini akan berkekalan lah ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Semoga senang aku bekerja untuk hari mendatang.
Dan di sebabkan hari kedua aku dah tak sesat, maka aku jadi over confident semasa memandu.
Jadi masa dekat roundabout godang,aku dengan confident yang amat tersalah masuk ke arah KLIA dan bukannya lorong LCCT.
Makanya aku terpaksa round dekat KLIA dulu baru dapat turn balik ke LCCT.
Dah lah aku bangun pukul 10 pagi tadi.
Kena masuk kerja pukul 11.
Memang cun perangai aku.
Cun sangat-sangat.
Dan aku masuk lambat 15 mnit ye.
Nasib baik takde punch card.
Sayang MAXIS tauu.

Aku updated blog ni pun sebab aku tengah duduk sensorang kat rumah.
Housemate aku dua-dua pergi dating.
Aku tinggal sorang.
Kesian aku kan?

Apa??'
Tak kesian?
Huh!

#okbai.
i ada twitter la. meh follow!
@pyjahnazri

Oh ya. Masa aku training bos aku yang handle id aku. Dia letak pasword untuk sign in aku 'BLUERED'. Cuba kau orang sebut lelaju sikit pasword tu. Comel kan? ;p

Peringatan untuk diri sendiri : Hari rabu adalah hari futsal . Semoga jangan nak cemas sangat sampai buat report polis pasal orang hilang. Heh.

20110508

Samar Pandangan.






Gonna miss this training batch.


Jumaat lepas hari terakhir aku naik train ke Plaza Sentral.
In future kalau ada training lagi tu kira lain cerita lah.
2 minggu training aku buat rutin yang sama.
Keluar rumah jam yang sama,
Naik train timing yang sama,
Kebanyakkan orang yang aku jumpa dalam train juga adalah orang yang sama.
Sebab semua orang buat rutin yang sama.
Bangun,siap-siap pergi kerja,naik tren,kerja sampai petang,balik malam dan tunggu gaji.
Dan semua orang buat tak kisah tentang orang lain.
Semua cuba mengelak dari bertembung mata dengan orang lain.

Ada dua orang yang paling aku ingat.
Seorang kakak yang mata garang.
Aku ingat dia sangat sebab setiap kali dia naik train dia mesti bergaduh dengan boyfriend dia.
"Dia kawan sekerja i je lah."
"Lah, kan colleague i ramai lelaki memang la i selalu buat kerja dengan guys."
"Dah lah nanti bincang!"


Seorang lagi adalah lelaki cina.
Aku ingat dia sangat.
Sebab setiap kali aku masuk train dia selalu dapat tempat duduk.
Lepas tu dia akan tenung atas ke bawah semua perempuan yang masuk dan berdiri.
Selalunya amoi lah yang selalu kena.
Sebab diorang pakai sua pendek, skirt, sleeveless.
Aku selalu usha dari jauh je.
Macam pervert pun ada mamat tu.

Hari tu masa hari last,aku nampak dia lagi.
Usha perempuan sana sini.
Skodeng semua part atas ke bawah.
Masa aku tengah tekun pandang dia, dia pandang aku pulak.
Aku pandang tempat lain.
Then aku dapat rasa dia tengah pandang aku lagi.
Aku toleh memang dia tengah pandang.
Cuak jugak aku.
Tapi sebab aku tahu hari ni hari last aku naik setrain dengan dia,
Aku beranikan diri pandang dia balik.

Dan dia pandang tempat lain.
Tak lama lepas tu dia pandang aku lagi.
Aku pandang dia.
Lma kitorang berpandangan.
Debar gak aku.
Aku pandang sampai dia toleh tempat lain.
Kali ke tiga kitorang berpandangan lagi lama.
Aku yang berhenti pandang dia sambil menjeling sorok rasa cuak.
Takot sial.


Tiba-tiba dia bangun.
Dia berjalan ke arah aku.
Aku yang tengah berdiri dekat tiang dalam train tu agak goncang sedikit.
Cemas dah ni.
Dia jalan sambil mata pandang ke arah aku.
Memang pandang tepat kat aku.
Takkan dia juling pulak?
Ke dia suka buat mata juling macam aku?
Aku jenis kalau dah cuak,apa yang aku tengah buat terus aku freeze.
So mata aku tetap pandang dia walaupun takot.

Sekali rupanya station dia dah sampai.
Dan aku berdiri betul-betul dekat pintu.
Perlawanan pandangan tu betul-betul buat aku tak perasan yang train dah lalu banyak station.
Tapi..
Apasal dia pandang aku sepanjang dari tempat dia ke pintu train?
Dan apasal dia nak keluar dari pintu train dekat dengan aku?
Padahal dia duduk dekat sebelah pintu lagi satu?
Mesti dia nak takotkan aku.
Tapi memang aku takot lah kan.
Nasib baik tu hari last aku naik train.
Nasib baik.
Kalau tak, memang menangis hari-hari nak lawan pandangan dia pervert tu.
Fuhh.
Kau orang yang perempuan ni kalau naik train hati-hati tau.


Okay lah nak pergi makan ni.
Mak kita masak gulai ketam tau.
Jap lagi nak kena balik Putrajaya dah.

MALAS.




20110504

7. Do Things Face To Face

Jia si baby besar.

Jia,Andrew,Chan dan CK.

CK,aku,Manap dan Jia.



Aku dah dua minggu lebih training dekat Plaza Sentral.
Takde masa betul nak jenguk blog ni.
Idea nak merepek pun takde.

Dalam dua minggu ni,
Macam-macam dah jadi,
Macam-macam dah berlaku.

Hari first aku datang.
Aku zero.
Rasa bangang dan terasing.
Tapi masa lapor diri aku disambut dengan banner "Welcome To Family".
Rasa terharu dan confident sikit.

Kawan pun takde.
Naik tren pun sorang-sorang tecengang.
Ada dua kali kot aku salah tren.
Dah lah nak naik tren kena berebut macam amik RMT masa kat kantin sekolah rendah dulu.
Annoying sial.
Ada sekali aku kena hadang dengan nyonya sampai lengan dia macam nak cekik aku sebab Berhimpit sangat dalam tren.
Lepas tu ada mamat tolak nyonya tu, nyonya tu tolak pulak dada aku.
Hampir leper sekejap dada aku.
Sabor jelah.
Sejak tu aku dah tak balik awal lagi.
Kalau tren penuh aku memang takkan balik dulu.
Tunggu reda baru naik.
Aje yang jadi jantan kalau hari-hari kena himpit.

3 kawan pertama aku semua adalah amoi.
Jia dari Batu Pahat, Michelle dari Subang dan Chan dari Sabah.
Aku lepak dengan diorang je.
Kadang-kadang aku terpaksa berlakon pekak sebab aku tak faham diorang borak apa.
Kesian tak?

Lagipun aku asyik rindu mak dengan dua anak buah aku yang sedap tu.
Rasa nak menangis.
Rindu lauk ikan kembung sambal mak.
Rindu selimut sedap.
Rindu nak tido dengan mak dalam aircond kat ruang tamu rumah.
Rindu nak lalu bukit putus.
Rindu semua lah.

Tapi sekarang dah okay.
Aku ada ramai kawan setraining.
Ada Shiha dari Alamanda, ada Manap dari Sunway, ada Yuen dari TTDI, Arif,Kimi,Fatin,Nizam Lepas tu ada ramai lagi lah.
Aku sebut sorang-sorang pun bukannya boleh kenal pun.

Eh ada satu lagi!
Ada CK yang suka cakap Bahasa Melayu.
Updated status kat FB pun dia pakai bahasa tau.
Contoh status dia macam ni,

"Oh shit. hujan sangat besar!"
"Ah malu betul sangat arr..KTM lantai terlalu licin sampai jatuh ke bawah!"

Haa.
Kiut kan? kan?
Aku selalu buli dia suruh dia cakap ralph lauren,biri-biri,bad romance dengan lori.
Teheeee.

Lagipun aku dah dapat line free.
Hari-hari pun boleh telepon mak.
Gayut lama-lama pun takpe.
Makan ikan kembung sambal je takleh.
T.T
Tapi takpe,
Minggu ni aku balik kampung,nak mintak mak masak.
Ahh sedap.
Ahh sedap.

Lagi dua hari aku akan tamat training.
Dan hari isnin aku akan mula bekerja dekat LCCT.
Soooooooooo guysss..

MEET ME AT LCCT!!

Aku sikit teruja sebab aku dah dapat jadual kerja aku.
Takde lah seksa sangat kot shift aku.
Offday pun sedap.
Elaun pun sedap.
Semua pun sedap.
Tak sabar. tak sabar.
................................................................................................................
Ada perkara yang tak perlu rancang,tak perlu nak fikir panjang. kot?
Keep walking until someone stopped you.
Stay if they asked to.
But,
If one day they let you go.
We have no choice but to keep walking again.

Hai you. :)