20110622

RandomGua #1

.


1. Aku suka nasi lemak.

2. Pantang kalau time balik keje aku sampai tapi ada sebab yang tak "munasabah" buat aku tak boleh balik terus. #karatemeja

3. Baran tapi aku cepat sejuk. Buat la palat besar mana pun dengan aku,in the end aku still boleh accept kau lagi. Silap2 kau yang tak abes baran lagieven yang puncanya engkau sendiri. #pengalaman penulis

4. Aku tak cari lelaki yang boleh sara aku, aku cari yang faham aku.

5. Aku sayang mak aku. Norriah Md Zin, gua memang degil dan agak kurang ajar, tapi gua sayang dengan lu dunia akhirat.

6. Aku tak suka berancang.

7. Aku ada masalah dengan level of confident aku. Kau puji aku bejuta kali pun belum tentu aku percaya, tapi aku boleh paksa kemampuan aku.

8. Aku jarang cakap atau menyampuk bila adik beradik aku cakap pasal arwah abah, tapi aku rindu abah.

9. Sekarang aku dah balik sebab aku pening dan emosi tak berapa baik. Bos bagi aku balik.
Aku sayang kau bro. #pelukviafantasy

10. Sekarang aku nak tido, dan duit aku tinggal seratus setengah. Gaji lagi 4 hari.
Aku harap aku bangun tido ni dah masuk 26 haribulan.


.

Berenti stalk aku. Aku takde ape yang special. Bila aku kata takde, aku betul-betul maksudkan.
Bai.


.

20110602

.

Semalam kan,
Ada customer dari india ke brunei entah,
dia datang nak beli topup.
Nak reload RM10 katanya.
Aku bagi dia reload tu dan collect duit.
Lepas tu dia pun berambus pergi.

10 minit lepas tu dia datang lagi.
Dia tanya macammana nak guna topup tu.
Aku ajar dia tekan kod kejadah semua tu,
Lepas tu dia angguk-angguk,
dengan muka bersinar bak gelang emas,
Dia berambus sekali lagi.
Tapi aku ada rasa sedikit tak sedap hati tengok dia.
Yela.
"Nampak bangang" je bak kata nabil.
Tapi aku tak hirau kan dia pun.
Customer sini macam-macam perangai.
Kalau-kalau pelik tu tayah ambik tahu sangat pun.
Janji tak kacau kerja kau.

Tiba-tiba tah macammana aku punya mata tetibe rasa gatal lak,
Jadi aku pun meliar lah pandang keliling.
Tetiba mata aku terhenti di suatu sudut.
Kau tau apa aku nampak?

Customer tadi tengah gantung diri wei!
Gantung diri sambil gigit kad relod tadi.
Cemas gila kan?
Eiii..

Okay.
Tipu je.
Sebenarnye dekat sudut tu ada customer tadi tu.
Amboih kemain busy lagi.
Kau tau dia buat apa?
Kali ni aku bagitau betul-betul.
Dekat sudut tu ada public phone, dan si bangang tu,
Sibuk duk tekan kod reload tadi kat public tu.
Adoi laa.
Terkejut aku.

Dah puas gelak baru aku pergi tolong dia.
Since no malaysia pun dia takde,
Maka aku suruh dia pulangkan reload tu.
Dan aku advise dia guna coins atau pun beli phone card.
Dengan tersipu-sipu si bangang tu pun berlalu pergi tanpa menoleh lagi.
Malu lettew.
Hikk.
Buat senak perut je lu ni.