20110930

Suke aku la.

Adalah sangat penting bagi kauorang yang baru putus cinta,
dan kemudian cuba untuk bangkit semula atau kite boleh panggil sebagai rebound,
SUPAYA,
Jangan jatuh hati pada orang yang salah.
Aku pernah pergi seminar grooming apekejadah ntah, dia kabo kalau kalau 3 kali berturut kau heartbroken,
dikhuatiri chances kau untuk bangkitkan confident diri kau balik amatlah tipis dan,
memerlukan effort yang diiringi doa dan sokongan padu yang teramat padu ya.
Jadi untuk mengelakkan kauorang terjun KBmall atau makan racun,
seeloknya elakkan diri dari jatuh hati kepada orang yang salah.

Contohnya,
• jatuh hati kepada artis popular
• jatuh hati kepada watak filem korea
• jatuh hati kepada bini orang
• jatuh hati kepada rosmah mansor atau najib razak
• jatuh hati kepada anwar ibrahim
• jatuh hati kepada orang yang dah arwah
• jatuh hati kepada guru displin
• jatuh hati kepada penjenayah
• jatuh hati kepada kaum sejenis
• jatuh hati kepada orang yang malas sikat rambut
• jatuh hati kepada orang yang letak barang bersepah-sepah.
• jatuh hati kepada orang yang berambut kembang

Okay aku dah merepek,
sebenarnya aku nak bagi contoh paling mudah iaitu,

• jatuh hati dengan aku.

Renung-renungkan dan selamat bangkit semula.

20110921

Mengapa bah?

Rakan sediva merangkap rakan sesama artis.
Kesah habes?



Esok aku,Julia dengan Rozana akan bercuti ke sabah.
Tak sabar nak pergi sabah.
Tak sabar nak kemain.
Kitorang pergi sana sebab nak makan seafood je.
Ayat macam bongkak tak?
Kahkahkah.


20110905

Dah kenapa?




Pada pemerhatian aku.
Bila umur aku dah masuk 23 tahun lepas.
Sejujurnya aku dah tak ghairah lagi nak mencari cinta.
Cinta yang macam selalu dicanang-canang dalam novel atau drama korea.
Bercinta yang bila dia ada hidup aku hanya berkisar tentang kekasih aku.
Fikiran dipenuhi dia.
Yang bila makan, mandi, tidur semua dia yang utama.
Aku rasa benda tu semua dah lama aku tak lalui.
Jadi sekarang aku agak kagum bila lihat pasangan yang begitu obsess dengan pasangan mereka.

Bagi aku,
Susah nak cari cinta yang berkualiti dan dipenuhi kehendak diri.
Bila aku dengar atau lihat kisah kebodohan perempuan yang terlalu setia dan bekorban kepada kekasih dia.
Aku mesti merugut dengan mak.
Nasib baik mak nasihatkan aku.
"Jangan cakap orang, jalan hidup awak panjang lagi, nanti kalau dah terkena,masa tu cakap mak pun tak nak dengar lagi dah agaknya."

Sentap.
Amboih mak.
Jangan la cemtu.

Sebelum ni aku pernah mencuba tapi aku mencuba bukan sebab aku nak.
Tapi sebenarnya,
Aku mencuba sebab aku taknak end up alone.
Aku suka gila denngan baby, maka aku kena berusaha sendiri sebab baby tak datang bergolek.
Gila kau kawan-kawan aku memasing dah ada pakwe, ibam dah tunang.
Tahun depan nak kawen dah.
Aku paksa diri aku untuk bagi peluang yang akhirnya tak pergi kemana sebab aku langsung tak didorong kehendak aku.
Jadinya, macam tu la.
Bila something come out,go wrong, aku malas nak put effort.
malas nak betulkan apa yang mungkin salah.
Berlagak seperti tiada apa-apa.
Dan black out.

Maaf sesiapa yang pernah di blackout kan.
Maaf sebab kau atau kau,kau bukan kehendak aku.
Maaf sebab tak habiskan apa yang aku dah mulakan.
Maaf sebab mungkin hati aku yang beku.

Selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin.
;)
Ala, lagipun aku rasa kau atau kau,kau pun lebih kurang macam aku jugak kan?

Who would know, somewhere, somehow.
There's a stranger that gonna lighten your day.

Sekarang rasa bersemangat sikit.
Ada rasa.
Ada.

Duhh.
Dah kenapa aku ni?