20111013

Jen love hewit. #1

Suatu malam.


"Dah jom. " Ajak dia.

"Kejap lah nak tengok bulan. "

"Mana bulan?" Sambil kepala melilau mencari bulan.

Soalan mana bulan terbiar sepi.

"Mana bulannya?" Tetap mencari.

"Ni bulan!" Sambil menuding jari ke arah dia.

Dan aku kembali berjalan sambil mengilai ketawa miang.
Memang macam miang.


Aku selalu terfikir kepada siapa aku nak berlagak comel dan pura-pura perlukan bantuan.
Sebab kadang-kadang penat juga nak berlakon gagah ni.
Sekarang aku macam ada hint sikit.
And i would like to keep it.
Seronok juga dapat meniru dialog wayang ni.
Hihihi.
Terasa normal. :)

.

20111010

20111008

Puaka Mengenang.



Aku semenjak akhir- akhir ni bertambah maju dalam bidang kepuakaan.
Aku rasa lah.
Tapi, Mungkin perasaan aku aje, sebab tak pernah pula aku buat benda yang lebih puaka dari biasa.
Melainkan nafsu shopping dan nafsu merayau yang paling meningkat puakanya.

Atau.
Mungkinkah sebab aku ada kawan baru yang asik ter'fucked up' je kerjanya. (Baca:Terfaktab)
Diorang ada keluar buku, rasa bosan pergi lah baca blog diorang.
Klik bawah.
TERFAKTAB

Lagi satu aku sedang berasa kurang selesa dengan persekitaran kerja aku sekarang.
Selalu orang tension pasal bos la, kerja banyak la.
Macam sebelum ni aku tension kena kerja sabtu halfday, cuti ahad je, kejar target lagi.
Tapi kat sini serius rasa relax dan selesa even kena kerja shift bangun seawal 4 pagi dan balik paling lewat 2 pagi.
Biarpun sekarang wiken macam dah takda makna sebab amatlah jarang nak dapat cuti waktu wiken but still puas hati sebab ada offday yang fixed. Tak kisah lah isnin ke apa.
Lagipun aku lagi selesa offday hari biasa sebab tak besesak.
Kalau besesak dengan jantan kacak wangi takpe jugak.
Ni besesak dengan bangla ketiak, abang ketiak.
Kejap-kejap ketiak.
Sini ketiak sana ketiak.
Puii.
Pergi mati lagi bagus.

Okay kembali kepada tak keselesaan aku tadi.Persekitaran kerja yang aku tak selesa tu adalah disebabkan kurangnya perasaan tanggungjawab sebahagian staff.
Sungguh puaka bak hang.
Isu mc macam biasa la memang dari dulu kat mana-mana je memang trending kot.
Aku tak la kata aku ni skema sangat sampai tak mc.
Tapi ni jenis puaka yang mc langsung tak memikir.
Dah tau partner shift kau mc yang kau pun nak mc jugak kenapa saitan?
Kau agak siapa nak kaver shift kau tu ha saitan?
Hapak kau?
Ke hamak kau?

Lagi satu hal datang lambat.
Bila tiba nak tukar shift dari pagi ke staff petang tu yang sakit hati.
Datang patotnya pukul 3 sampainya pukul 6.
Alasan tak habis-habis ada hal.
Anak takda orang jaga katanya.
Eh begitu saitannya perangai.
Tak tahu ke hal kerja dengan hal peribadi takleh campur?
Pandai-pandai kau lah nak cari tempat letak anak kau.
Kalau sekali sekala takpe la jugak, ni lepas dia, dia balik.Lepas tu dia balik.
Kau sorang je la ada family kan?
Kau sorang je la banyak hal?
Hapak kau.

Aku ni puaka-puaka, malas-malas cemana pun at least aku ni memikir la jugak.
Mengenang.
Sebelum kau ikotkan ke puakaan kau tu.
Fikir dulu kau menyusahkan orang ke tidak.
Kalau dah nama pun tanggungjawab, makanya sila lah bertanggungjawab.
Kalau taknak bertanggungjawab tolong blah.
Wah kemain.
Dah lah malas nak meluah lagi.
Silap haribulan aje aku jadi barua mengadu perangai buruk yang sedang berleluasa ni nanti.

Contohnya la,
Aku, pagi-pagi setiap kali nak beli nasik lemak lepas tu yang ada kat aku not RM50, aku rasa takot dan segan nak bayar.
Sebab aku mengenang.
Kalau majoriti lah orang beli nasik lemak dekat tempat tu semua macam aku,semua bagi duit not RM50 parah lah.
Silap-silap money changer pun givap.
Tension tahu dak kalau duit kecik takde lepas tu customer yang datang sekor-sekor nak bagi duit godang.
Satu lagi contoh,
Berapa orang yang masa makan ramai-ramai kat meja makan, ambil berat pasal regangan siku dia?
Maksudnya siku belah kiri kau, besar mana bukaan dia.
Kacau tak orang yang tengah menyuap sebelah kau?
Kadang-kadang ada perkara yang kau rasa remeh tapi besar kesan dia kalau kau prihatin.

Sila cuba jadi individu yang mengenang kesusahan orang.
Boleh?



Itu hari aku tengah duduk menung kat kaunter.
Sambil tu ada seorang mat bangla cleaner tengah menyapu dan mengutip ball lampu panjang tu. Entah apehal tetiba menatang tu meletup. Kami berdua terkejut dan tak semena-mena aku dengan mat bangla tu terbertentang mata sekejap.
Bila aku tersedar dari tentangan mata tu, aku rasa awkward gila babi.
Apa yang terbayang kat kepala aku lepas tu adalah,bau ketiak.
Tiada debaran atau angau.
Cuma igauan.
..
..
Eh ape ke menjadi sangat diskriminasi aku ni?
Kahkahkah.
Ke racist?
Ahaa.
Balun je lah.


Yang ini bukan mengenang. Ini namanya terkenang.
Rindu.