20120319

Countdown started.

37 days.
.

Yes.
He aint no you,
But yet he still gives more warm than you do.

A scumbag lover never should be keep.
They aint worth trying.
They aint worth your time.
They doesnt deserve any better love more than what he gives.

20120312

Bukan salah kau tapi salah rutin hidup kau.



Bila perkara salah dah djadikan rutin,
Maka perkara tu takkan salah lagi di mata kau.
Tapi bila orang lain buat,
Kau nak gebang-gebang macam orang tu buat salah besar gila babi.

Perkara salah yang aku maksudkan ni bukan la perkara salah yang macam jenayah.
Macam membunuh ke, merompak ke, merogol ke.
Ni macam benda-benda kecil yang simple.
Yang kau tau salah tapi buat jugak sebab dah terbiasa.

Macam hisap rokok, kau tau ia salah, merbahaya tapi kau hisap jugak sebab dah terbiasa dan suka.
Tapi still kalau adik kau yang baru tingkatan 1 buat,
Kau nampak, penampar jugak makan dia ye dak?

Eh jangan para perokok ingat aku nak shot korang lak, ni contoh je bro.
Haa.

Ataupun macam aku.
Okaylah guna contoh aku.
Aku.Aku free hair, aku tau salah.

Tapi sebab dah terbiasa aku buat tak kisah je sebab konon belum sampai seru.
Cuba kalau mak ke akak aku ke yang tetiba mengada gila malas pakai tudung,
Gelabah nenen pulak aku bising suruh diorang pakai tudung.
Nampak tak?

Ataupun,
Macam kau dengan pakwe kau memang dah macam laki bini.
Sekali kau nampak kawan kau yang baru nak becinta ke apa bemesra-mesra dengan pakwe baru dia.
Kau rasa apa?
Mesti kau rasa "Hek eleh macam tak salah je bemesra dengan pakwe baru dia tu. Kalau konpem kawen takpe. Kang kena tinggal,merana.Cepat sangat percaya."
Ewah kau yang becakap tu tak buat ke?
Konpem kawen ke? haa.

Ni semua contoh je la.
Contoh.

Aku terfikir pasal hal ni sebab aku baru kena.
Aku ni dah dekat setahun kerja tempat baru.
Aku tak pernah la EL ke MC ke sebab aku malas susahkan orang.
Susah nak cari replacement.Kesian nak tinggalkan partner aku kerja sorang.
Tapi hari tu aku EL sehari ada hal dan sebab aku memang kena EL.
Lagipun masa tu overlapping sampai 6 orang kerja satu hari.
Kalau aku tak EL nanti aku datang kerja lambat lagi takde makna.
Mak oi bisingnya ada seorang colleague aku tu.
Padahal dia,
Suka-suka hati je EL.
Suka-suka hati je MC.
Oh.
Dia tak salah sebab tu memang rutin dia,
Tapi aku salah,
sebab tu bukan rutin aku.
Ohh.
Seems legit.



Hah?
Dah 12 mac? Wadehel?
Lama gila aku tak update blog?
Kenapa macam lama gila weh?
Pehh.
Aku syak mesti aku baru bangkit dari koma ni.
Tu pasal aku lupa update blog.
Peh.
Peh.
Dah bulan 3.
Perghhhhhhh.


Ini Kinana dan Kayyen.
Ingat lagi tak? Kalau tak ingat,sampai hati..
Kalau ingat,sayang kau! Ni gambar latest diorang.

Mempersembahkan adik baru diorang.
Lahir 10 mac lepas.
Nama dia Amni Raudhah binti Shahriza.
Berat 3.62kg
Yeay!
Anak buah makin bertambah. Anak sendiri tetap nang hado.

Till now!
See you later, alligator!
Vakum kiss for all!
SSszzzzuuuuuup!! :o